Skip to main content
Berita TempatanKelantan

40 Peniaga Meraikan ‘Big Bite Food Festival 2016 ‘

By 20 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 20 Feb (Malaysiaaktif) — Seramai 40 orang peniaga dikumpulkan bawah satu bumbung sempena pesta makanan ‘Big Bite Food Festival 2016’.

Kesemua mereka mempromosi keistimewaan hidangan masing-masing di Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh dari 18 hingga 27 Februari ini.

Pesta pertama kali yang menampilkan barisan pelbagai jenis makanan serta juadah dari Thailand ini mendapat sambutan memberangsangkan bukan sahaja daripada penduduk daerah Pasir Puteh, malah juga dari daerah lain.

Seorang pengunjung, Nur Tasneem Mahamood berkata dia amat teruja dengan kepelbagaian hidangan yang terdapat di sini.

Selain makanan, sepanjang pesta ini turut diadakan persembahan hiburan oleh artis-artis tempatan, persembahan nasyid, ceramah, dikir barat dan wayang kulit.

 

Tinggalkan komen anda