Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahRencana & PendapatViral

Kesan Positif El Nino: Air Kelapa Jadi Buruan

By 18 Mac 2016Mac 20th, 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan  (Alor Setar)

ALOR SETAR, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Cuaca panas kesan pertembungan penghujung monsun timur laut dengan fenomena El Nino juga menjadi sumber rezeki bagi sesetengah pihak, antaranya penjual air kelapa muda yang menyaksikan permintaan mendadak daripada orang ramai.

Menurut seorang penjual air kelapa di Taman Seri Dayung, Razali Mat 60, permintaan terhadap air kelapa muda meningkat hampir dua kali ganda sejak akhir-akhir ini. Beliau yang juga pesara kerajaan berkata, jika sebelum ini, sebanyak 200 biji kelapa muda dapat bertahan sehingga tiga hari, dalam keadaan panas ini stok boleh kehabisan dalam hanya sehari.

 

4851458e-7708-42d1-845d-e0d53f180526

Razali Mat: Lebih 200 biji kelapa digunakan sewaktu cuaca panas sekarang.

 

Bekalan kelapa muda juga semakin sukar untuk diperolehi kerana permintaan terlalu tinggi. Sebiji kelapa muda dijual dengan harga RM2.00.

 

Tinggalkan komen anda