Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomePerakViral

Guna Kimia Atau Tidak, Durian Siam Tetap Laris

By 20 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Md Sazali Ab Hamid (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 19 Apr (Malaysiaaktif) — Musim durian di negara jiran,Thailand sudah bermula dan setiap hari berpuluh trak dari selatan negara itu sarat dengan buah durian melepasi Kompleks CIQ Bukit Berapit Pengkalan Hulu untuk ke pasaran di serata semenanjung.

Berdasarkan begitu banyak durian yang dibawa masuk ke Malaysia, ramai yang mengatakan bahawa permintaan ‘Durian Siam’ melonjak kali ini, memandangkan hasil durian tempatan terjejas disebabkan cuaca panas berpanjangan, selain musim sebenar yang belum sampai masanya.

Tinjauan wartawan Malaysiaaktif Pengkalan Hulu mendapati harga bagi satu kilogram durian ini sekitar RM12 hingga RM18 mengikut kualiti buah.

Para penjual durian di sini meramalkan harga Durian Siam akan melonjak apabia dijual di bandar-bandar besar.

Menurut seorang pembeli, Fauzi Ali, 34, Durian Siam kurang sedap berbanding durian tempatan. Beliau mendakwa buah dipetik dan kemudian direndam dalam cecair kimia untuk tahan lama bagi pasaran di Malaysia.

Selain itu, maklumat yang diviralkan tidak berapa lama dahulu berhubung dakwaan proses pengawetan menggunakan cecair kimia diterima bulat-bulat oleh ramai penduduk Pengkalan Hulu hingga spesis durian tersebut tidak mendapat sambutan di daerah ini.

Fauzi juga mendakwa Durian Siam yang dipetik adalah buah yang belum matang dan mempunyai rasa yang kurang sedap.

Bagaimana pun, isu samada direndam dalam cecair kimia atau tidak masak ketika dipetik tidak menjadi hal dalam kalangan penggemar durian di Malaysia kerana apabila tiba musim, ketagihan raja buah ini mengetepikan segala kebimbangan.

Walau apa pun pendapat orang ramai,”Durian Siam” tetap mendapat tempat dalam kalangan penggemar durian di Malaysia.

– AAS

 

Tinggalkan komen anda