Skip to main content
HomeKuala LumpurSains & TeknologiViralWilayah Persekutuan

Kesan ICT Terhadap Alam Sekitar Dibincangkan Dalam Seminar ITU

By 21 April 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Fauziah Hussain / Foto Fariz Faizal Mohd Nazri

KUALA LUMPUR, 21 Apr (Malaysiaaktif) – Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menyumbang kepada pelepasan yang memberi kesan rumah hijau dan menyebabkan pemanasan global.  Namun demikian, ICT juga boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah ini.

‘Kerajaan Malaysia contohnya telah memulakan inisiatif ICT hijau bagi mewujudkan alam sekitar yang lestari’, ujar Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, ketika merasmikan Simposium Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) Ke-11, ‘ICT, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar’ di sini hari ini.

Simposium sehari ini anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dengan kerjasama Malaysian Technical Standards Forum Bhd (MTSFB). Ia diadakan seiring Mesyuarat ‘ITU-T Study Group 5’ yang diadakan dari 20 hingga 27 April.

Matlamat simposium ialah bagi meningkatkan kesedaran tentang potensi ICT dalam menangani cabaran alam sekitar dan menggalakkan pihak berkepentingan dalam mengintegrasi dan mencari penyelesaian berasaskan ICT ke dalam aktiviti secara holistik dan mapan.

Seramai 240 peserta dari dalam dan luar negara berkongsi maklumat dalam usaha berdepan dengan cabaran ke atas alam sekitar demi kelestarian masa depan.

Pada masa sama, Electromagnetic Field (ITU EMF) Guide atau Panduan EMF ITU dalam versi Bahasa Melayu turut dilancarkan. Panduan ini merupakan pendekatan SKMM untuk menyalurkan maklumat yang betul dan memudahkan pemahaman dalam kalangan masyarakat Malaysia.

Turut hadir, Ketua Pegawai Sektor Ekosistem Digital SKMM dan Pengarah Telecommunication Standardization Bureau (ITU TSB).

 

– AAS

Tinggalkan komen anda