Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaSains & TeknologiViral

20 Kamera CCTV Bantu Awasi Keselamatan Di Alor Gajah

By 25 April 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Nur Hafif Zainurdin

ALOR GAJAH, 25 Apr (Malaysiaaktif) – Lebih 20 buah kamera dipasang di sekitar Pekan Pulau Sebang, Pekan Masjid Tanah dan Bandar Alor Gajah yang dikawal selia oleh Bilik Kawalan Kamera Litar Tertutup (CCTV) Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.

Exco Kerajaan Tempatan Melaka, Datuk Ismail Othman mengucapkan syabas kepada MPAG kerana berusaha meningkatkan tahap keselamatan kawasan seliaan mereka demi keselesaan pengunjung.

Tambah beliau, selain tahap keselamatan yang tinggi, faktor kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi juga menjadi tarikan pelancong ke sesebuah tempat.

Ismail berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Sistem Pemantauan Kamera Litar Tertutup (CCTV) Program Bandar Selamat di bawah Program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) MPAG, pagi tadi.

Sementara itu, Ismail turut memberi penghargaan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Melaka atas kerjasama mereka dalam mengekalkan kestabilan keselamatan orang awam setiap kawasan.

Turut hadir, Pegawai Daerah Alor Gajah, Daud Hasan; Ketua Polis Daerah Alor Gajah, A Asmadi Abdul Aziz; Ahli-ahli Majlis dan kakitangan Majlis Perbandaran Alor Gajah.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda