Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahBerita TimurEkonomiHomeKelantanSelangorViral

‘Selangor Prihatin’ Semarak Hidup Asnaf Kelantan

By 4 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan
Oleh Ruslan Abdul Rahman/Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 3 Mei (Malaysiaaktif) – Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli melawat pembangunan projek “Selangor Prihatin” di Desa Alam Shah, disini.

Projek pembangunan ekonomi asnaf di luar Selangor ini adalah cetusan idea Sultan Selangor yang berhasrat agar manfaat daripada dana zakat di Selangor dapat disalurkan kepada negeri-negeri yang kurang sumber zakatnya.

 

IMG-20160504-WA0010

 

Seramai 29 orang asnaf terpilih telah berjaya menempatkan diri mereka di dalam penempatan agro-ekonomi ini.

Menurut salah seorang asnaf, iaitu Mohd Khairul Anuar Bin Mat Hussin, 30,  beliau bersyukur dan berterima kasih kepada Lembaga Zakat Selangor dan Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) kerana memilih beliau dan 28 orang asnaf lagi sebagai kumpulan pertama untuk projek agro-ekonomi Desa Alam Shah ini.

“Peluang yang diberikan ini akan digunakan sebaik mungkin untuk membina ekonomi keluarga dan belajar ilmu pertanian dengan lebih mendalam,”ujar beliau lagi.

Desa Alam Shah ini di bangunkan  di atas tanah seluas 37 ekar.  Pembangunan ditapak tersebut merangkumi tiga segmen, iaitu penempatan berkelompok, pembinaan infra-struktur asas serta projek agro-ekonomi.

Peruntukkan sebanyak RM8.3 juta ini turut melibatkan pembinaan penempatan penduduk yang mana Zakat Selangor telah membangunkan 30 unit rumah setingkat dengan keluasan 1,000 kaki persegi. Dan lebih menariknya kesemua unit kediaman telah dilengkapi dengan perabot asas sepenuhnya.

Bagi menjayakan projek ini setiap peserta yang terpilih akan mengusahakan satu ekar tanah bagi setiap keluarga untuk tanaman cili dan mendapat bimbingan ilmu pertanian serta  perladangan daripada dua organisasi berpengalaman, iaitu Nestle (Malaysia) Berhad melalui Kelab Cili Nestle dan Pertubuhan Peladang Kawasan Bukit Awang.

Dalam pada itu, para asnaf yang terpilih bagi projek agro-ekonomi ini mengucapkan terima kasih kepada pengeluar zakat di Selangor kerana menyempurnakan kewajipan berzakat sehingga mampu dinikmati bersama-sama bukan sahaja bagi asnaf di Selangor, malah turut melibatkan sebahagian asnaf di Kelantan, khususnya.

– SH/AAS

Tinggalkan komen anda