Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanHomeViral

Saya Tidak Terikat Dengan Taib – Adenan

By 4 Mei 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Christi Lemon / Foto: Bolhan Hj Basah (Sarawak)

BINTULU, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Tan Sri Adenan Satem menegaskan dirinya tidak terikat dengan bekas Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri Sarawak ketika ini Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menjawab tuduhan isu membabitkan dirinya rapat dengan Taib, Adenan menegaskan “Saya merupakan Ketua Menteri sekarang dan saya tidak terikat dengan Taib malah beliau menyatakan segala keputusan membabitkan urusan negeri adalah di tangan saya, dan inilah hakikat sebenar ketika ini.”

Sementara itu, Adenan Satem turut menyelar pembangkang yang berjanji akan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhimatan GST sekiranya menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali-11 ini.

Menurut Adenan, pembangkang hanya pandai mengeksploitasi isu Cukai Barangan dan Perkhimatan (GST) tanpa mengambil berat dan menyembunyikan beberapa isu sebenar yang begitu penting kepada rakyat di negeri ini.

????????????????????????????????????

Pengerusi BN Sarawak itu juga berkata GST tidak harus digunakan untuk  berkempen  memburuk dan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) negeri kerana GST bukan ditetapkan oleh kerajaan negeri.

“Jika  benar pembangkang boleh menghapuskan GST sekiranya menang di Sarawak nanti, mengapa mereka tidak mampu menghapuskan GST di negeri ditadbir pembangkang terutamanya di Pulau Pinang,” jelasnya pada Majlis Pemimpin Bersama Warga Industri Tanjong Kidurong, di sini semalam.

Adenan juga turut menjelaskan GST ialah sistem percukaian yang diguna pakai di beberapa negara antarabangsa. Sejak dilaksanakan beberapa cukai korporat dan individu dikurangkan bagi menangani bebanan GST.

Pada majlis yang sama Adenan turut menyampaikan Surat Hak Milik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri di bawah Penyukatan NCR Inisiatif Baharu dan Surat Hak Milik Tanah Kampung Tradisi Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri kepada penerima dari kawasan Sg. Seliput, Separai, Jalan Tatau-Bintulu dan Sg. Ulu Silas, Bintulu, Sg. Mekapan, Jelalong Tubau, Kg. Kuala Segan dan Kg. Pandan, Sebauh.

SF

 

Tinggalkan komen anda