Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomePerlisViral

2,306 Anak Yatim Perlis Terima Duit Raya

By 26 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh Anuar Che Amat

KANGAR, 26 Jun (Malaysiaktif) — Seramai 2,306 orang anak yatim dari seluruh negeri Perlis hari ini menerima sumbangan duit raya.

Majlis yang diadakan di Dewan 2020 di sini menyaksikan tiap-tiap seorang daripada mereka menerima sebanyak RM100 yang merupakan sumbangan ikhsan kerajaan negeri.

5f27f407-af88-4f5f-a896-23596dd0f9e2

Setiap seorang menerima RM100 duit raya.

 

Sempena majlis itu, Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man turut berpesan kepada para penjaga anak-anak yatim supaya tidak mengabaikan pendidikan mereka kerana ia adalah kunci kepada masa depan.

Inisiatif  ini dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri sejak beberapa tahun yang lalu.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda