Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlisViral

Hayati Al-Quran Sebagai Panduan Hidup – MB Perlis

By 29 Jun 2016Tiada komen1 minit bacaan

     Oleh : Anuar Che Amat.

KANGAR, 29 Jun (Malaysiaktif) – Menteri Besar Perlis, Dato’ Seri Azlan Man mengajak seluruh umat Islam untuk menghayati dan mengimarahkan bulan Ramadan dengan perlbagai aktiviti yang berfaedah seperti bertadarus Al-Quran atau beriktikaf di masjid.
Pekara ini dinyatakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Abdul Jamil Saad, yang mewakili beliau di majlis pelancaran #Malaysiangaji peringkat negeri Perlis 2016 bertempat di Auditorium Perpustakaan Awam Negeri Perlis hari ini.

Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Ahmad Zamri Khairuddin dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Dato Hamdan Bahari.

Keadaan pada hari ini menyaksikan dunia perlu menghadapi pelbagai kegiatan sosial seperti keruntuhan akhlak, kepincangan budaya, robohnya institusi kekeluargaan, terjejasnya perpaduan kaum dan seumpamanya. Kita terleka dan terbuai dengan kesenangan duniawi sehinggakan kita lupa kepada pesanan Allah supaya kembali kepada Al – Quran, katanya lagi.

Bercakap dihadapan lebih 100 hadirin, tambah beliau, justeru itu, tujuan program ini bukan sekadar untuk mendengar kemerduan Qari mengalunkan ayat-ayat Al-Quran tetapi untuk kita menghayati intisari pengajaran yang di bawa oleh Al – Quran supaya di jadikan panduan hidup.

Program #Malaysiangaji ini merupakan program 1 jam bersama Al-Quran dan pertama kali diadakan jalankan serentak di seluruh Malaysia.

Mrr

Tinggalkan komen anda