Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomePahangViral

Pembatalan Lesen Menanti Pesalah Traffik Berulang

By 15 Julai 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Mohd Zailani Othman dan Izarina bt Kulub Mat Isa (Bentong)

 

BENTONG, 15 Jul (Malaysiaaktif) – Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Bentong, Datuk Sri Liow Tiong Lai memaklumkan Pemantauan melalui sistem Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (Kejara) akan dikenakan kepada pemandu sehinggalah pembatalan lesen memandu.

Liow berkata demikian dalam sidang medianya selepas melancarkan Bentongtution.com di hadapan 500 orang pelajar dan ibubapa di Dewan Majlis Perbandaran Bentong.

Dalam sidang media itu juga Liow juga memaklumkan bahawa saman Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengankutan Awam Darat (SPAD) akan di selaras secepat mungkin. Ini akan memudahkan JPJ menyenaraihitamkan pesalah traffik.
Menjawab berkaitan bas ekspres yg mempunyai 63 saman. Liow berkata bahawa bas tersebut digunakan oleh 25 pemandu yang berlainan dan bukan sahaja pemilik bas yang akan diambil tindakan malahan pemandu yang memiliki saman juga akan di tolak markah meritnya.

Beliau kesal kerana setiap kali musim perayaan, masalah kesalahan lalulintas gagal diselesai. Beliau memaklumkan bukan sahaja kempen kesedaran lalulintas akan diteruskan malah penguatkuasaan juga akan dipertingkatkan.

Tinggalkan komen anda