Pasar Tani Kekal Simpang Empat dibuka September

IMG-20160806-WA0012

Oleh Anuar Che Amat

KANGAR, 6 Ogos, (Malaysiaktif) – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan(FAMA) Negeri Perlis sedang membina gerai Pasar Tani Kekal Pekan Simpang Empat Perlis.

Perkara ini di nyatakan oleh Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perlis, Tuan Ahmad Bakri Datuk Ali di Kangar hari ini. ‘Pasar tersebut akan mengumpul dan memasarkan hasil-hasil pertanian, kraftangan dan para pengunjung juga boleh juga menikmati hiburan kesenian negeri ini.

Ketika selesai Persidangan Dewan Undangan Negeri Perlis yang ke 13 di Kompleks Dewan Undangan Negeri di Kangar, Bakri berkata, kos untuk membuat pasar tani kekal ini berjumlah RM1.2 juta dan di dirikan di atas tanah tebus guna sungai Simpang Empat’. ‘Projek ini sudah 80 peratus di siapkan dan akan di buka pada awal September dan beroperasi dari 7.00 pagi hingga 10.00 malam’, katanya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...