Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlisViral

Bunga Emas, Johan Pengisahan Kenegaraan 1 Malaysia Perlis

By 11 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Anuar Che Amat

 
KANGAR, 10 Ogos (Malaysiaakti) – ‘Pengkisahan Tun Hussien Onn’ yang dipersembahkan oleh Kumpulan Bunga Emas telah di nobatkan sebagai johan pertandingan Pengisahan Kenegaraan 1 Malaysia Peringkat Negeri Perlis di Institut Kemahiran Beseri hari ini.

Pertandingan Pengisahan adalah acara tahunan sambutan Bulan Kebangsaan bagi mengenang kembali perjuangan tokoh-tokoh yang telah menabur jasa dan bakti kepada Negara.

Kumpulan yang di anggotai oleh Azam Muhamad Bin Kasim, Mohd Rahmat bin Saidin dan Nor Hayati binti Jamil yang ini telah berjaya menambat hati juri dan melayakan mereka menerima hadiah wang tunai sebanyak RM3000.00, piala serta sijil penyertaan.

Naib johan pula menerima wang tunai berjumlah RM2000.00, piala serta sijil di raih oleh kumpulan Tok Arau yang mempetaruhkan sektsa ‘Bapa Pembangunan’ di pertandingan tersebut .

Azam Muhamad dari kumpulan Bunga Emas yang memenangi pertandingan tersebut menjelaskan kemenangan ini juga di tujukan kepada rakan – rakan yang hadir memberi sokongan, ‘Insyaallah kami akan cuba memperbaiki lagi beberapa babak di dalam persembahan ini untuk membawa cabaran Perlis di pertandingan peringkat kebangsaan yang akan di adakan di Melaka nanti’, ujarnya.

Empat lagi kumpulan menerima hadiah saguhati berupa wang tunai berjumlah RM1000.00 ,piala dan sijil penyertaan yang di sampaikan oleh Adun kawasan Titi Tinggi, Khow Hock Kong. Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis Ku Ismail Ku Yahya.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda