Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

SMKSIS II Hayati Pengorbanan Pejuang Tanah Air

By 12 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh: Fasharina Kholil (Perak)

GERIK, 12 Ogos (Malaysiaaktif) – Menjelang bulan Ogos, pelbagai cara dilakukan bagi memupuk semangat patriotisme dan rasa cinta kepada negara dan tentunya kita boleh lihat sekolah-sekolah mula melaksanakan pelbagai aktiviti bagi meningkatkan kesedaran dan penghayatan Bulan Kebangsaan termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah (SMKSIS) II, di sini.

Menurut Pengetua SMKSIS II, Hajjah Hatun M. Akbar, 55, erti kemerdekaan ini perlu dihayati dan difahami oleh semua terutamanya generasi muda agar mereka tidak melupakan jasa dan pengorbanan pejuang tanah air terdahulu.

2

“Generasi muda seharusnya bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dinikmati pada hari ini dan berusaha untuk terus mengekalkannya. Sebagai pelajar, adalah menjadi kewajipan mereka untuk belajar dan berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita di samping memajukan diri, keluarga, bangsa dan juga agama,” ujarnya.

Hajjah Hatun M. Akbar

Pengetua SMKSIS II, Hajjah Hatun M. Akbar.

Hatun yang ditemui pada Rabu ketika Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan 2016 di SMKSIS II turut menambah, pelbagai aktiviti telah dirancang oleh Panitia Sejarah dan Kelab 1Malaysia SMKSIS II bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan pelajar.

Antara pertandingan yang akan dilaksanakan adalah Pertandingan Selfie Merdeka, Pertandingan Mengarang Esei, Pertandingan Kelas Ceria Gemilang Merdeka dan pelbagai lagi.

Mariam Md Zain

Ketua Panitia Sejarah SMKSIS II, Mariam Md Zain.

Dalam pada itu, Ketua Panitia Sejarah SMKSIS II, Mariam Md Zain, 32, berkata program yang diadakan pada setiap tahun ini bertujuan sebagai satu platform untuk generasi muda menzahirkan rasa cinta dan sayang pada negara dan menyemai semangat patriotik.

Menurut salah seorang pelajar, Hazwani Syazlyn Abdul Halim, 18, sebagai generasi muda dia sering diingatkan oleh guru-guru dan ibu bapa agar sentiasa bersyukur dengan nikmat keamanan yang dimiliki pada hari ini.

“Saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh agar dapat membalas jasa ibu dan bapa serta menjadi generasi muda yang cintakan negara dan tanah air,” ujarnya.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda