Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlisViral

Kibar Jalur Gemilang dengan Ikhlas Sepenuh Jiwa

By 14 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Anuar Che Amat

 

KANGAR, 13 Ogos (Malaysiaktif) – Kita perlu mengibarkan bendera Jalur Gemilang dengan sepenuh jiwa dan semangat keikhlasan yang tinggi.

Saranan itu di sampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Joseph Kurup ketika merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan dan Kempen Jalur Gemilang Peringkat Negeri Perlis bertempat di Dataran Datuk Sheikh Ahmad hari ini.
“Erti mengibarkan bendera bukanlah bermaksud kita sekadar meletakan atau memasang di tiang-tiang atau di permis bangunan serta kediaman tetapi kita perlu kibar dan pasangkan dengan semangat sehati sejiwa kerana itu merupakan lambang perpaduan dan kedaulatan negara yang perlu kita hormati’, ujarnya lagi.
“Generasi muda hari ini perlu menjiwai sepenuhnya erti kemerdekaan dan semangat yang menjadi benteng kepada kekuatan negara kita dan kelima-lima prinsip rukun negara perlu di hayati dan di jadikan panduan dan amalan setiap rakyat ni negara ini, katanya lagi.

Pelbagai aktiviti menarik di adakan di majlis tersebut antaranya konvoi bermotosikal, pertandingan sektsa dan bacaan keratan akhbar dari kanak-kanak tadika perpaduan, penyerahan Jalur Gemilang kepada pemimpin-pemimpin masyarakat dan rumah berhias yang terdiri dari kaum-kaum yang terdapat di negeri Perlis.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Ahli Majlis Kerajaan Negeri Perlis, Hajah Rela Ahmad dan Pengarah Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Dato’ Ganesan a/l Letchumanan.

Tinggalkan komen anda