Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedahViral

Jalur Gemilang Lambang Perpaduan dan Permuafakatan Rakyat

By 14 Ogos 2016Ogos 16th, 2016Tiada komen1 minit bacaan
Oleh Noor Syuhada binti Muhamad Yasin

ALOR SETAR, 14 Ogos (Malaysiaaktif) –Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Kedah telah berlansung di Aman Sentral, hari ini untuk meraikan kedatangan Bulan Kebangsaan dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Menurut Menteri Besar Negeri Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah dalam majlis perasmian acara ini, kempen ini diadakan setiap tahun untuk mengelorakan semangat patriotik masyarakat. Jalur Gemilang bukan hanya sekadar bendera namun ialah lambang perpaduan dan permuafakatan rakyat Malaysia.

Seorang pengunjung, Che Wan, 46, Kempen seperti ini amat penting bagi mendidik generasi muda tentang sejarah negara kita dan perlu diteruskan pada masa depan.

IMG-20160815-WA0008

Beliau turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada Ketua-ketua Jabatan yang hadir serta kepada kereta dan motosikal di akhir program.

Sebuah kumpulan motosikal berkuasa tinggi turut sama menjayakan program ini dengan menghiasi motosikal mereka dengan Jalur Gemilang.

 

-MRR

Tinggalkan komen anda