Skip to main content
Berita TempatanLabuanViralWilayah Persekutuan

Jalur Gemilang Koyak, Lusuh Diarah Ganti Di Labuan

By 24 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Faizal Mansor / Foto: Jeffrey Nian

LABUAN, 24 Ogos, (Malaysiaaktif) – Ekoran laporan Malaysiaaktif berhubung tindakan menaikkan bendera koyak dan uzur di Labuan, Perbadanan Labuan telah mengambil inisiatif dengan menukarkan Jalur Gemilang yang telah rosak kepada yang baharu.

DSC_0653

Bendera yang terlalu uzur dan memalukan dinaikkan sebelum ini.

 

Penolong Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Labuan, Usamah Ibrahim berkata, pihaknya prihatin untuk menangani isu ini dan mengambil tindakan proaktif bagi mengatasinya.

Menurut Usamah lagi, Perbadanan Labuan juga telah menegur para peniaga premis sekitar Labuan melalui surat berhubung masalah tersebut dan meminta pihak peniaga agar menurunkan Jalur Gemilang yang sudah koyak dan rosak.

Tinjauan Malaysiaaktif Labuan mendapati Jalur Gemilang yang sudah uzur dan rosak yang dipasang di deretan kedai berhadapan Terminal Feri Labuan telah digantikan dengan yang bahru.

WhatsApp Image 2016-08-24 at 15.58.50

Kini digantikan dengan Jalur Gemilang baharu…

 

Orang ramai yang ditemui menyambut baik usaha pihak perbadanan untuk memastikan kedudukan hormat kepada bendera rasmi negara.

Seorang penduduk, Osman Jaineh, 43, tahun yang berasa gembira melihat Jalur Gemilang yang sudah ditukar kepada yang baharu berkata ini menunjukkan bahawa bukan sekadar rakyat biasa sahaja yang menyahut kempen kibar kan Jalur Gemilang bahkan golongan peniaga juga harus mempunyai sifat patriotisme yang tinggi.

 

-MRR/AAS

Tinggalkan komen anda