Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Emirates Airlines Pesawat Rasmi MATTA Fair 2016

By 25 Ogos 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan Foto oleh Mohd Izzideen Khairi Zakaria (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Malaysiaaktif) –  Syarikat penerbangan Emirates dipilih menjadi pesawat rasmi menjelang karnival MATTA (Malaysian Association of Tour and Travel Agents) yang bermula dari 2 hingga 4 September 2016.

Menurut Pengurus Emirates Bagi Singapore, Malaysia dan Brunei, Andrew Bunn, “Kami sangat gembira kerana dapat memberi peluang kepada rakyat Malaysia menikmati kemudahan menaiki penerbangan Emirates dengan kadar yang murah untuk ke destinasi serata dunia sempena 20 tahun operasi Emirates di negara ini.”

“Melalui pemasaran industri yang dinamik iaitu kerjasama dengan industri tempatan seperti MATTA, kami yakin dapat memberi ganjaran kepada pelanggan ke satu peringkat seterusnya,” tambah beliau dalam Sidang Media ‘Emirates Airline – Official Airline for MATTA Fair September 2016’ bertempat di Wisma MATTA, di sini semalam.

“Pelanggan yang menaiki pesawat A380 dan Boeing 777 Penerbangan Emirates yang terpilih akan menikmati hidangan istimewa dan kemudahan hiburan interaktif serta penggunaan WiFi secara percuma,” tambah beliau.

Sementara itu, menurut Presiden MATTA, Datuk Haji Hamzah Rahmat “Pihak kami sangat berbesar hati menerima Emirates sebagai ‘Pesawat Rasmi’ bagi karnival MATTA pada tahun ini dan berterima kasih kepada syarikat ini yang menunjukkan komitmen yang tinggi dalam karnival ini.”

“Syarikat Emirates terus berkembang melalui kerjasama dengan industri tempatan seperti Malaysia Airlines (MAS) dan membolehkan mereka menawarkan pelanggan untuk menikmati kemudahan yang selesa untuk mengembara lebih 90 destinasi di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika.”

Hamzah berkata, “Melalui MATTA FAIR ini, Syarikat Emirates akan menawarkan 8 tiket penerbangan ekslusif termasuk kelas perniagaan dari Kuala Lumpur ke London bagi pelanggan yang bertuah. Pelanggan hanya perlu membeli tiket penerbangan serendah RM300 semasa karnival  bagi melayakkan mereka peraduan ini”.

-DK

Tinggalkan komen anda