Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Menjelang 31 Ogos Gerai Burger Ini Meriah Jalur Gemilang

By 25 Ogos 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Norhayani Hashim (Kepala Batas)

KEPALA BATAS, 25 Ogos (Malaysiaaktif) – Sudah menjadi rutin bagi sepasang pemilik gerai burger di sini setiap tahun untuk menghias gerai mereka dengan Jalur Gemilang menjelang Hari Kebangsaan.

Menurut Azrie Hj. Abdul Halim, 39, Jalur Gemilang yang dipasang di gerainya sejak minggu lepas, dibeli sendiri tanpa meminta daripada mana-mana jabatan kerajaan atau agensi.

Azrie yang merupakan peniaga sepenuh masa memberitahu Malaysiaaktif, bahawa semangat patriotik yang tinggi dalam jiwanya mendorongnya berbuat demikian.

Gerainya yang terletak di Taman Bertam Indah itu dihiasi dengan Jalur Gemilang bagi menyemarakkan lagi sambutan Bulan Kebangsaan Malaysia pada tahun ini.

Apabila disoal tentang hiasan Jalur Gemilang berkenaan, bapa kepada lima orang anak ini tersenyum dan menyatakan rasa bangganya setiap kali melihat Jalur Gemilang di gerainya.

“Ini juga merupakan salah satu cara saya mengenang kembali susah payah orang-orang terdahulu mendapatkan kemerdekaan,” jelas Azrie lagi.

WhatsApp Image 2016-08-23 at 3.14.52 PM

 

Sementara itu, isterinya, Sukkmi Abdul Manaf, 36, berkata, meskipun tidak pernah berjuang dalam mempertahankan kemerdekaan negara, namun dengan cara ini mereka dapat menunjukkan semangat cintakan negara.

Selain gerai burger yang telah diusahakan sejak sejak 16 tahun lalu, kediaman mereka di Bertam Perdana turut dipasang Jalur Gemilang setiap tahun pada Bulan Kebangsaan.

Azrie turut mencadangkan supaya lebih banyak pihak menyokong usaha mengibar Jalur Gemilang secara berterusan dalam usaha memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan.

 

– AH

Tinggalkan komen anda