Skip to main content
Berita TempatanHomeTerengganuViral

Program “Khabat Bukit Kapal” Satu 200 Ahli KRT

By 4 September 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh : Puteri Mastasyhia Zuleha Abdullah

SETIU, 4 Sept (Malaysiaaktif) – Kerancakkan dan kehangatan sambutan Bulan Kebangsaan masih terasa apabila kira-kira 200 orang peserta yang terdiri daripada ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pelong dan KRT Sri Kenangan bersama Komuniti 1Malaysia Sri Kenangan, Pelong serta masyarakat setempat berjaya menamatkan pendakian Bukit Kapal.

Perpaduan menyatu dalam pelbagai aktiviti dan program

Perpaduan menyatu dalam pelbagai aktiviti dan program

Program “Khabat Bukit Kapal” ini diadakan bersempena Bulan Kebangsaan anjuran Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional, dengan kerjasama Pejabat Penerangan, serta Pejabat Kesihatan Daerah Setiu di sini semalam.

Program yang dimulakan dengan aktiviti senamrobik perpaduan mendapat sambutan menggalakkan daripada setiap peserta.

Majlis perasmian telah disempurnakan Pegawai Jabatan Perpaduan Dan Intergrasi Nasional Daerah Setiu, Akhwan Hafis Akmal Hidzri.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan setiap anggota masyarakat perlu ada semangat jati diri yang tinggi.

“Perpaduan yang dikecapi sekarang tidak semudah kita gambarkan.

“Ukhwah dan keharmonian yang dikecapi sekarang tidak akan dapat dicapai andai tiada kesepakatan dan sikap toleransi sesama kita, ujar beliau lagi.

Beliau juga berharap agar keharmonian yang dicapai kini dapat diselami khasnya kepada warga belia dan remaja sekarang.

Selain itu, turut diadakan pameran kesihatan anjuran Jabatan Kesihatan Daerah Setiu berkaitan peningkatan wabak Aedes di daerah ini serta penularan virus Zika dalam negara sekarang.

-SH

Tinggalkan komen anda