Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Usaha Tingkat Pengetahuan Protokol AJK K1M Lenggong

By 7 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Fasharina Kholil / Foto: Mohd Shahdu Azree Mohamed Yusof

LENGGONG, 7 Sept (Malaysiaaktif) – Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti kerja serta kefahaman berkaitan pengurusan mesyuarat dan protokol, Komuniti 1 Malaysia (K1M) Mukim Lengggong mengambil inisiatif bagi menganjurkan Seminar Pengurusan Mesyuarat dan Protokol.

Kira-kira 40 orang peserta termasuk Ahli Jawatankuasa K1M dan ketua-ketua jabatan hadir ke seminar yang bertujuan untuk memberi pengetahuan dan kefahaman mengenai proses pengurusan mesyuarat dan majlis secara teratur dan lengkap, semalam.

2

Menurut salah seorang peserta, Jauharatuddini Hanafi, 34, seminar ini memberi banyak input yang baik dan dalam pada itu dia dapat belajar banyak perkara baru.

“Mungkin sesi pembelajaran sebegini dapat diteruskan dari masa ke masa kerana kefahaman berkaitan pengurusan protokol sangat penting terutamanya kepada para penjawat awam,” ujarnya.

3

Penceramah jemputan, Penghulu Mukim Gerik, Ekmal Hidhir (berdiri) yang berpengalaman luas berkaitan hal protokol dan pernah berkhidmat sebagai Penolong Pegawai Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Perak.

 

Menurut Penghulu merangkap Pengerusi K1M Mukim Lenggong, Zaini Abd Aziz, seminar ini merupakan salah satu inisiatif Pejabat Penghulu Mukim Lenggong untuk penambahbaikan serta memantapkan lagi mutu penulisan minit mesyuarat dalam kalangan JKKK di samping mendedahkan para peserta dengan etika protokol yang sebenar apabila menghadiri majlis rasmi kerajaan.

“Saya bersyukur dan merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi ke seminar. Ini merupakan salah satu usaha yang baik bagi memantapkan organisasi dan juga individu itu sendiri, ” kata Zaini.

0951f994-607e-46fe-80b4-c5299ea595c8

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda