Kerugian RM48,000 Tipu Pakej Umrah dan Haji Perlis

whatsapp-image-2016-09-21-at-08-23

 

Oleh Hamizan Hamzah/Anuar Che Amat

KANGAR, 20 Sep (Malaysiaaktif) –  Kerugian lebih RM48,000 dilaporkan berlaku membabitkan pakej umrah dan haji bagi 2016 di Perlis.

Menurut rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM), jumlah tersebut membabitkan empat kes jenayah komersil.

Statistik yang dinyatakan oleh Inspektor Farah Mardiana Zolkefli dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) PDRM turut merujuk kepada sejumlah 231 kes penipuan pakej umrah dan hajisejak 2012 hingga Ogos 2016.

Beliau berkata berkata demikian semasa perasmian Kempen Kesedaran mengenai pakej Umrah/Ziarah dan hak pengguna di sebuah hotel diKangar anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Perlis semalam.

Sementara itu, Shariff bin Mat Saman yang merupakan antara lebih 50 orang peserta program tersebut berpendapat ia  membantu menyedarkan orang ramai yang merancang untuk melakukan umrah atau ibadah haji berhubung langkah-langkah yang perlu diambil supaya tidak kecewa disebabkan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Untuk rekod, sebanyak 3,400 kes berkaitan penipuan pakej umrah difailkan melalui tribunal tuntutan pengguna Malaysia dengan nilai tuntutan kira-kira RM 20.77 juta sejak 2012 hingga April 2016.

Pihak PDRM pula merekodkan sebanyak 216 kes penipuan pakej umrah dan haji dengan nilai kerugian kira-kira RM 9.1 juta dalam tempoh masa sama.

Terdahulu, program ini dirasmikan oleh Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Perlis, Mohd Shafie bin Ismail yang mewakili Exco belia dan Sukan, Pelancongan, Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan Negeri Perlis, Abdul Jamil bin Saad.

 

-MRR/AAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...