Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Aminuddin Baki Pilihan Politeknik Kuching

By 22 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Aishah Latip/Jurufoto: Mohd Razali Ihi dan Wirwan Nor Rama Maliana

KUCHING, 22 Sept (Malaysiaaktif) -“Tokoh ilmuan seperti Aminuddin Baki jarang diketengahkan oleh para peserta dalam mana-mana pertandingan kenegaraan tambahan pula, jasa dan pengorbanan beliau dalam pendidikan negara cukup memberikan impak yang besar dalam pendidikan negara kita.

“Konsep patriotisme itu tidak hanya mengingati tokoh-tokoh perjuangan negara malah turut memperingati tokoh ilmuan agar anak-anak muda dapat meningkatkan semangat patriotisme melalui intelektual.”

Demikian kata pengurus pasukan Politeknik Kuching (Poliku), Khalid Hussein Tuah, 33 yang akan mewakili Sarawak bersama tiga orang rakannya, Muhammad Khairuddin Mohamad Othman, 21, Aziz Nen, 20 dan Irwin Dana, 20 dalam Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan 2016.

Pasukan Politeknik yang mengadakan pertemuan bersama Pengarah Penerangan Sarawak, Abang Sardon Abang Hashim semalam

Pasukan Politeknik yang mengadakan pertemuan bersama Pengarah Penerangan Sarawak, Abang Sardon Abang Hashim semalam

 

Pertandingan anjuran Jabatan Penerangan Malaysia ini merupakan salah satu usaha untuk menggalakkan masyarakat umum menyampaikan pandangan dan pendapat tentang dasar-dasar kerajaan, peristiwa bersejarah dan juga memartabatkan tokoh-tokoh yang telah diiktiraf kejayaan mereka di negara ini.

Dengan tajuk, “Mengenang Arkitek Pendidikan Negara“, Poliku memilih tokoh ilmuan negara yang tersohor Aminuddin Baki sebagai kelainan dalam program yang akan berlangsung di Universiti Teknikal (UteM) Melaka pada 24 hingga 25 September ini.

Khalid dan ahli pasukannya berbangga menjadi wakil Sarawak ke peringkat kebangsaan yang berlangsung pada minggu ini dan berjanji akan memberikan yang terbaik dengan membuat latihan serta membaiki kelemahan yang ada.

Mereka ditemui di Ibu Pejabat Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak pada petang semalam.

 

SF/AAS

Tinggalkan komen anda