Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohorViral

15,000 ‘Likes’ Punca Kejayaan Pemenang ‘Wefie’ #sehatisejiwa

By 22 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

JOHOR BAHARU, 22 SEPT (Malaysiaaktif) — Pertandingan SelfieWefie #sehatisejiwa telah mencetuskan kerjasama dan perpaduan erat di antara peserta pelbagai masyarakat.

Ini disuarakan oleh pemenang pertama Kategori ‘Wefie’, Fara Juliana binti Abdul Jalil, 31, di sini hari ini.

Menurut Fara, pertandingan ini menjadi platform bagi dia bertemu buat pertama kalinya dengan rakan-rakan yang dikenali sejak sekian lama dalam alam maya menerusi media sosial.

37f3d242-4772-4090-ab5b-5c3a3ff6c535

Dia yang berjaya menapat 15,000 “likes” bagi gambar yang dipostnya mengaku berkekang mata pada waktu malam untuk meraih sebanyak mungkin ‘likes’  bagi usaha wifienya itu.

Menurut Fara lagi, pertandingan yang melibatkan pelbagai lapisan masyarakat, termasuk pekerja swasta, penjawat awam, surirumah dan juga kanak-kanak itu telah menggelorakan lagi semangat cintakan negara dan patriotisme dalam menyambut bulan kebangsaan.

Walaupun tidak berapa sihat, Fara berusaha menghadirkan dirinya ke pertandingan ini kerana menurutnya dia sangat berbangga menjadi rakyat yang menyumbang kepada penggeloraan Bulan Kebangsaan Negara.

e1117b14-9417-43da-af33-17e15878dc2b

Terdahulu, semasa merasmikan Majlis Penghargaan Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsan 2016 di sini, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Johor, Zainudin Ismail berkata beliau terharu kerana pelbagai pihak meriah menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan melalui Pertandingan Keceriaan Bulan Kebangsaan dan SelfieWefie #sehatisejiwa ini.

Menurut Zainuddin lagi dia juga bangga melihat kesungguhan masyarakat menjayakan pertandingan ini seperti yang ditunukkan dalam usaha pembinaan pintu gerbang paling unik yang  mempunyai empat cabang berbanding kebiasaan menggunakan hanya dua tiang.

Seramai tujuh orang pemenang pertandingan selfiewefie #sehatisejiwa merupakan warga Johor dan ini membuktikan masyarakat negeri itu aktif  menggerakkan iniaitif berkenaan.

32f8a322-9daa-4687-83ca-73d8c0f60054

Juga, beliau memberi penghormatan kepada kesungguhan kerajaan negeri menggelorakan Bulan Kebangsaan melalui pelancaran di semua daerah seawal 10 Ogos lalu.

Dalam pada itu, Zainuddin berharap jika kali ini tujuh pemenang, termasuk penerima hadiah sagu hati dari negeri Johor, tahun hadapan mungkin bilangan pemenangan boleh digandakan menjadi 14 orang.

Pemenang tempat ketiga pertandingan SelfieWefie #sehatisejiwa, Aida Umi Yati Binti dari Pontian pula berkata pertandingan ini wajar diteruskan bagi menaikkan semangat sempena Hari Kebangsaan kerana ia dapat mendidik masyarakat, terutama kanak-kanak dan pelajar sekolah untuk menggelorakan setiap kali tiba hari bersejarah itu.

Sebagai contoh dia merujuk kepada para peserta yang memakai pakaian daripada Jalur Gemilang yang secara tidak langsung membangkitkan semangat patriotik dalam diri mereka.

Aida, bagaimana pun berharap dibuat penambahbaikan pada tahun hadapan di mana, gambar dipilih oleh juri, selain bergantung kepada jumlah “likes”dan mewujudkan beberapa kategori,seperti gambar paling patriotik supaya lebih adil kepada semua pihak.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda