Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangorViral

Pelan Atasi Kesesakan di LDP Diperkenalkan

By 22 September 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan Foto oleh : Norfarhana Mohd Zainal Abidin (Petaling Jaya)

PETALING JAYA, 22 Sep (Malaysiaaktif) –Ā Bermula 1 Oktober 2016Ā pukul 12.01 pagi, pengguna laluan Persimpangan SS2 (Exit 1107) Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) akan diperkenalkan dengan kajian trafik baharu.

Pelan iniĀ bertujuan untuk melancarkan aliran trafik yang padat dan sesak sehingga panjang kenderaan yang beratur mencecah 600 meter pada waktu puncak terutamanya di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Kajian trafik oleh Lingkaran Trans Kota Sdn.Bhd. (LITRAK), selaku pengendali LDP ini akan dijalankan selama 3 bulan bagi menguji keberkesanan skim tersebut.

Skim ini dijangka mampu melancarkan aliran trafik dan meningkatkan Tahap Perkhidmatan (LOS) di kawasan tersebut daripada LOS F kepada LOS D dengan pengurangan lampu isyarat 3 fasa kepada 2 fasa.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LITRAK, Sazally Saidi, perubahan pergerakan trafik ini akan melibatkan laluan dari Jalan SS2/75 memasuki susur jalan LDP menghala ke Kelana Jaya.

Skim kajian trafik yang turut melibatkan kerjasama dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ini dijangka mampu mendatangkan manfaat kepada hampir 55 ribu pengguna LDP dengan pengurangan 10Ā  peratus ke 40 peratus panjang kenderaan yang beratur pada waktu puncak.

Turut telibat, Persimpangan Taman Megah (Exit 1108) yang dijangka akan dijalankan pada bulan Disember 2016 dan memanfaatkan hampir 62 ribu pengguna.

Sebanyak 30 ‘bunting’, 5 kain rentang dan papan tanda arah akan diletakkan di sepanjang LDP, Jalan SS2/75, Jalan SS2/66 dan Jalan SS2/55 sepanjang tempoh pelaksanaan kajian. Di samping itu, sebanyak 150,000 ‘flyers’ akan turut diedarkan sebagai panduan pengguna lebuhraya.

Pengguna dinasihatkan mematuhi arahan papan tanda bagi memastikan kelancaran trafik dan sekiranya terdapat sebarang maklumbalas, pengguna boleh menghubungi talian bantuan LDP di 03-74947333.

-DK

Tinggalkan komen anda