Skip to main content
Berita TempatanSabah

Angin Kencang Musnahkan Gerai Ikan Bilis

By 24 September 2016November 25th, 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohammad Abd Rahman (Sabah)
PAPAR, 24 Sept (Malaysiaktif) –Allahuakhbar! begitulah ungkapan yang sempat dilafazkan oleh salah seorang pemilik gerai ikan bilis di sini, yang dikenali sebagai Norhaidah, 42, semasa ribut kuat membadai kawasan kampung Mandahan selepas solat Jumaat petang semalam.

“Angin kuat hingga menerbangkan atap gerai, mak cik lihat gerai rakan seniaga terbang melepasi jambatan hingga ke seberang jalan.

image
Tambahnya, struktur binaan gerai semuanya roboh hanya tinggal meja dan sisa-sisa bekas ikan bilis saja.

Gerai Mak Cik Idah yang terletak 20 kilometer dari Pekan Papar musnah akibat tiupan angin kencang yang berlaku semalam.

Deretan Gerai Ikan Bilis yang sebaris dengan gerai Mak Cik Idah merupakan tumpuan pengunjung dalam dan luar kampung Mandahan untuk memperoleh bekalan ikan bilis murah dan berkualiti terbaik.

image

Namun, kejadian ribut kuat semalam telah memusnahkan sebahagian deretan kedai di sini.

Mak Cik Idah menjelaskan lagi kejadian berlaku sekejap saja, tidak sampai lima minit, semuanya hilang, mula-mula hujan biasa, tiba-tiba langit bertambah gelap, disusuli dengan angin kencang, atap, dinding gerai semua terbang ditiup angin.

“Tiang elektrik dekat sebarang jalan turut tumbang, kawan-kawan mak cik hanya sempat tunduk berlindung di bawah meja.

“Kami semua masa itu hanya mampu berdoa dan pasrah kepada Ilahi, Namun syukur alhamdulilah kami tidak apa-apa.

“Sebelum kejadian, sempat lagi sebuah bas persiaran yang membawa pelancong singgah membeli ikan kering dan bilis di gerai rakan-rakan, rasa simpati atas apa yang berlaku”, kata Norhaidah, ketika ditemui MalaysiaAktif pagi tadi.

Dipercayai seramai empat pemilik gerai terlibat dalam kejadian yang memusnahkan hampir keseluruhan struktur binaan gerai terbabit selain terdapat dua batang tiang elektrik yang turut tumbang namun tiada kemalangan jiwa berlaku.

SF

Tinggalkan komen anda