Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Kempen Kemanusiaan Bersama Aman Palestin Perak

By 29 September 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh: Fasharina Kholil / Foto: Mohd Shahdu Azree Mohamed Yusof
LENGGONG, 29 Sept (Malaysiaaktif) – Komuniti 1 Malaysia (K1M) Mukim Temelong dengan kerjasama Aman Palestin Negeri Perak semalam menganjurkan Program Penghayatan 1Malaysia ‘Kami Bersamamu Palestin’.

Kira-kira 200 orang hadir memenuhi Perkarangan Pejabat Penghulu Mukim Temelong.

Menurut Timbalan Pengerusi K1M Mukim Temelong, Mohd Shahdu Azree Mohamed Yusof, program tersebut dirancang bersempena dengan Sambutan Bulan Kebangsaan dan bagi memberi teladan kepada masyarakat khususnya golongan belia agar mencintai tanah air dan menghargai kemerdekaan yang dimiliki pada hari ini.


“Saya turut bersyukur kerana majlis pada malam ini turut dihadiri oleh para pelajar daripada Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Lenggong.

“Semoga majlis ilmu yang cukup bermakna ini dapat memberi impak yang positif kepada orang ramai dan pada waktu yang sama, tujuan K1M untuk menyalurkan maklumat bermanfaat hingga ke peringkat akar umbi tercapai,” katanya lagi.

Shahdu Azree turut berharap agar keprihatinan yang berterusan oleh masyarakat Malaysia dalam menyalurkan bantuan dapat memberikan sinar harapan serta membantu meringankan penderitaan yang ditanggung oleh rakyat Palestin.

Sehubungan itu, sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin, K1M Mukim Temelong turut menyalurkan sumbangan berupa wang tunai sebanyak RM500 kepada Pengerusi Aman Palestin Negeri Perak, Ustaz Shaharuzzaman Bistamam.

Majlis turut diserikan dengan persembahan sajak berjudul ‘Desir Kasih dan Doa Buat Palestin’ oleh pelajar KKTM Lenggong, Ahmad Fahmi Huweidi Zamani.

-DZ

Tinggalkan komen anda