Ternakan Ketam Nipah Jana Pendapatan

img_20161010_094130

 

Laporan dan foto : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KUALA PERLIS, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Menjadi satu-satunya penternak ketam nipah di Perlis, Din Abdullah, 70, memulakan ternakan ini sejak 2002 dan kini mempunyai 5 buah kolam tanah seluas 40m x 80m yang diusahakan secara konvensio diperolehi secara semulajadi daripada nelayan-nelayan tempatan. Hingga kini, terdapat antara 800 hingga 1000 ekor benih ketam diternak untuk proses pengemukan.

Ketam nipah mengandungi pelbagai khasiat untuk kebaikan tubuh badan.

Ketam nipah mengandungi pelbagai khasiat untuk kebaikan tubuh badan.

Antara cabaran yang dihadapi Din Abdullah atau lebih mesra dengan panggilan Pakdin ketika mengusahakan ternakan ketam nipah ini adalah hujan yang berlarutan.

“Apabila hujan turun dua-tiga hari berturut-turut, air kolam akan berubah menjadi tawar, dan ini menjejaskan habitat ketam tersebut.

“Cuaca panas dan terik juga menjadi masalah kerana pembesaran ketam boleh terjejas malah ada yang mati,” ujar pakdin di kolamnya di sini.

Menjadi satu-satunya penternak ketam di Perlis ini, Pakdin amat berharap agar lebih banyak penyertaan daripada orang ramai untuk melibatkan diri dalam penternakan ketam nipah ini terutamanya daripada generasi muda kerana ianya menjanjikan pendapatan yang lumayan.

Pakdin merupakan salah seorang penternak yang mendapat bantuan daripada kerajaan melalui Jabatan Perikanan. Bantuan yang diberi termasuklah pemberian anak benih ketam dan juga bantuan fasiliti seperti pagar kolam dan juga saliran air.

Ternakan ketam nipah berpotensi untuk dimajukan di peringkat komersil kerana permintaannya yang tinggi serta peluang pasaran yang baik.

Ketam nipah dipercayai mampu merawat penyakit seperti demam denggi, leukimia dan barah kerana hidupan ini mengandungi khasiat vitamin A,C,B dan B12 serta mineral zink dan tembaga untuk kebaikan tubuh badan.

-SH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *