Skip to main content
Berita TengahHomeSains & TeknologiSelangorViral

Kaspersky Tangani Godaman Internet Dengan AV Terkini

By 11 Oktober 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Noor Sazarina Mohd Noor (Petaling Jaya) / Foto (featured): indiaspeaksnow.com

PETALING JAYA, 11 Oktober (Malaysiaaktif) – Kaspersky Lab memperkenalkan antivirus terkini, ‘Kaspersky Internet Security 2017’ dalam memperkemaskan ciri-ciri keselamatan.

“Kami percaya produk ini akan diterima baik oleh pengguna kerana ciri-ciri keselamatan telah dipertingkatkan sejajar dengan perkembangan internet pada masa kini,” kata Pengarah Urusan Kaspersky Lab,SEA Sylvia Ng dalam Sidang Media Majlis Pelancaran Kaspersky Antivirus &  Kaspersky Internet Security 2017 bertempat di sebuah hotel di Damansara pagi tadi.

whatsapp-image-2016-10-11-at-12-19

Kaspersky Lab mampu mengesan lebih 171 juta serangan – Sylvia Ng.

 

“Aplikasi ini boleh digunakan sehingga lima peranti dengan hanya satu penggunaan lesen di komputer, laptop, Mac atau sebarang peranti Android”, ujar beliau.

“Kami merasa bangga dapat memperkenalkan Kaspersky Internet Security 2017 ke dalam pasaran Malaysia yang merupakan antara negara tertinggi dalam penggunaan internet”,

“Pada tahun 2016, Kaspersky Lab berjaya mengesan lebih 171 juta serangan internet melalui penggunaan online secara keseluruhannya”, tambahnya.

“Kaspersky Internet Security Multi Device adalah pilihan kepada pengguna internet dalam mengekang ancaman virus sewaktu penggunaan Windows, Mac dan android”, ujar beliau.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia Dr Amirudin Abdul Wahab tahun lalu, setiap hari purata seramai 30 rakyat Malaysia menjadi mangsa jenayah siber melalui godaman dan virus.

 

-DK/AAS

Tinggalkan komen anda