Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Air Pasang Besar Kuala Sepetang Terkawal

By 18 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Siti Norzila Dolah

TAIPING, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Penduduk Kampung Menteri Kuala Sepetang di sini resah apabila hujan yang bermula daripada petang Ahad sehingga pagi Isnin berlarutan sehingga menyebabkan air naik setinggi 0.31 meter.

Walau bagaimanapun, tinjauan Malaysiaaktif sehingga pukul 10.00 pagi tadi, keadaan semasa di sekitar Kampung Menteri Kuala Sepetang dan Pekan Kuala Sepetang terkawal walaupun air memenuhi perparitan di sepanjang jalan.

Ini berbeza dengan air pasang besar yang berlaku pada bulan lepas sehingga menyebabkan banjir melibatkan 115 buah rumah.

Menurut Timbalan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Kamarudin Abu Bakar, fenomena air pasang besar ini berlaku pada pukul 5.00 pagi. Ini menyebabkan hanya sedikit sahaja air yang memasuki kawasan jalan dan tidak berlaku memasuki kawasan perumahan.

air-pasang-besar-pic-2

“Kedaan terkawal. Satu gotong royong tambatan banjir telah dijalankan pada 14 Oktober yang lalu dengan kerajasama pejabat Daerah dan Penghulu Mukim disertai pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, penghulu Mukim Matang, Ahmad Zarudi Shahrani berkata, langkah-langkah awal menghadapi fenomena air pasang besar telah dilakukan dan juga persediaan jika berlaku banjir besar seperti pusat perpindahan juga telah ditetapkan.

“Keadaan di Kampung Menteri Kuala Sepetang dalam keadaan terkawal dan tidak berlaku banjir. Masyarakat setempat juga turut menjalankan aktiviti perniagaan seperti biasa,” ujarnya.

air-pasang-besar-gamba-1

Sementara itu, situasi hari ini di Kuala Sepetang kelihatan lebih baik dengan cuaca yang panas berbanding semalam yang hujan berterusan. Masih tiada perpindahan yang perlu dibuat dan paras air hari ini, di 0.15 meter, lebih rendah berbanding semalam.

Tambah Ahmad Zarudi, fenomena air pasang besar di sini tidak berbahaya dan tiada banjir besar yang berlaku.

air-pasang-besar-gamba-2

“Air yang melimpahi kawasan jalan di sekitar kampung di sekitar Kampung Mentari dan Kuala Sepetang mulai surut.. Bermula daripada semalam, pelbagai pihak telah mengambil langkah berjaga-jaga jika berlaku sebarang kemungkinan,” ujarnya.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda