Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

50 Rumah Nelayan Dinaiki Air Pasang Besar Di Kuala Kurau

By 18 Oktober 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Farhan Abd Rahim

KERIAN, 18 Okt (Malaysiaaktif) – Air pasang besar yang melanda daerah Kerian malam kelmarin mengakibatkan kira-kira 50 buah rumah di kawasan tambak yang rendah dinaiki air.

Walau bagaimanapun, impaknya adalah kurang berbanding kejadian air pasang besar pada 21 September yang lalu yang menyaksikan air melepasi kawasan kediaman penduduk tambak yang tinggi.

Tinjauan Malaysiaaktif mendapati ada antara rumah yang dinaiki air telah mula surut.

Menurut bekas ketua kampung Nelayan, Mohamad Harun, 66, yang juga merupakan seorang nelayan, air pasang besar ini merupakan perkara biasa di sini.

“Pakcik telah menjalankan aktiviti nelayan hampir 50 tahun di sini. Situasi air pasang seperti ini berlaku dua kali setahun,” ujarnya.

Penghulu Mukim Kuala Kurau, Abdullah Yusof berkata keadaan di kawasannya masih terkawal. Namun, penduduk setempat dan agensi kerajaan sudah mula memantau keadaan pada waktu malam sejak tiga malam lepas sebagai langkah berjaga-jaga.

Penduduk masih berjaga-jaga malam ini dan berharap tiada tiupan angin kencang berlaku.

 

-DZ/AAS

Tinggalkan komen anda