Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaViral

Bajet 2017 Kurangkan Beban Ekonomi Rakyat

By 21 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan oleh : Syed Hisham Shah (Putrajaya)

PUTRAJAYA, 21 Okt (Malaysiaktif) – Kerajaan terus memberikan komitmen jitu dalam mensejahterakan kehidupan rakyat yang merupakan agenda nasional menerusi peruntukan sebanyak RM 260 bilion di dalam Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat hari ini.

Beberapa inisiatif untuk mengurangkan beban ekonomi serta kos sara hidup rakyat dibentangkan. Bertemakan ‘Merancakkan Pertumbuhan, memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat.

Tema Bajet kali ini adalah ‘Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat.

Tema Bajet kali ini adalah ‘Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat.

Konsep Public Happiness diperkenalkan dalam menuju status negara maju. Dimana ianya bukan hanya tentang pendapatan semata-mata, namun ia berkait kualiti kesejahteraan hidup rakyat.

Antaranya, sebanyak RM 1.2 bilion disalurkan bagi meningkatkan jaringan perhubungan kampung, pekan dan bandar dengan menaiktaraf 616 km jalan kampung dan jambatan.

Selain itu, sejumlah RM 350 juta akan diperuntukkan untuk membina dan baik pulih 17 ribu unit rumah usang dan daif di kampung terpencil dan penempatan Orang Asli.

Sebanyak RM732 juta diperuntukkan, untuk meningkatkan penyediaan bekalan air bersih mensasarkan 5,200 buah rumah termasuk menaik taraf sistem bekalan air FELDA.

Menurut Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata peruntukan keseluruhan itu juga bagi tujuan memantapkan bekalan eletrik luar bandar mensasarkan 10 ribu buah rumah.  bajet-kesihatan

Selain itu, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM25 bilion dalam memberikan penambahbaikkan dalam bidang kesihatan.

RM4 bilion diperuntukkan untuk bekalan ubat, gunasama, vaksin dan re-agen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan kerajaan, manakala sebanyak RM4.5 bilion untuk operasi 340 Klinik 1Malaysia, 11 Klinik Bergerak 1Malaysia, 959 Klinik Kesihatan dan lebih 1,800 Klinik Desa sedia ada. bajet-rumah

Inisiatif baharu Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS yakni, MyBeautiful New Home, khusus kepada golongan B40, diperkenalkan dengan peruntukan sebanyak RM200 juta.

“Sebagai permulaan, 5 ribu unit rumah akan dibina dengan harga RM40 ribu hingga RM50 ribu seunit.

“Kerajaan akan membiaya sebanyak RM20 ribu ringgit dan bakinya dibayar secara ansuran oleh pemilik, dengan syarat, rumah ini akan dibina di tanah milik sendiri, tanah yang telah mendapat kebenaran tuan tanah dan tanah kurniaan Kerajaan Negeri,” ujar beliau lagi.

Bagi membantu meningkatkan peluang pendapatan rakyat, terutamanya kelompok B40, RM275 juta diperuntukkan dalam memperluaskan Program MySuria dengan peruntukan RM45 juta. Setiap peserta program akan menerima RM250 sebulan.

Bagi meringankan kos sara hidup rakyat, Kerajaan turut memperuntukan subsidi hampir 10 bilion ringgit, merangkumi subsidi bahan api termasuk gas memasak, pampasan tol dan pengangkutan awam.

Program pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M  akan diteruskan dengan kadar pemberian turut dinaikkan.

Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah berjumlah RM600 juta meliputi sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan cina, sekolah jenis kebangsaan tamil, sekolah mubaligh, sekolah berasrama penuh, sekolah agama bantuan kerajaan, sekolah pondok yang berdaftar dan kepada Maktab Rendah Sains MARA.

 

-SH

Tinggalkan komen anda