Skip to main content
Berita TempatanKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Sistem ‘Dua Tong’ Asingkan Sisa Di Punca dan Kitar Semula

By 22 Oktober 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Ā Laporan dan Foto oleh: Azri Zainal Abidin dan Saharuddin Othman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Malaysiaaktif) ā€“ ā€œPelaksanaan sistem ā€˜dua tongā€™ adalah inisiatif pihak Perbadanan Putrajaya dan Alam Flora bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan mengasingkan sisa di punca dan kitar semula”.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berucap demikian semasa perasmian Majlis ‘Sambutan Hari Alam Sekitar Negara, Penggunaan Tong Kitar Semula’ dan ‘Program Joran’ bersama komuniti Wilayah Persekutuan Putrajaya bertempat di Taman Rekreasi Air, Presint 13 di sini hari ini.

“Pelaksanaan pengasingan sisa kitar semula ini telah meningkat kutipannya kepada tujuh tan berbanding empat tan di awal pelaksanaannya,” ujar beliau.

Beliau menambah, ā€œProgram ā€˜dua tongā€™ ini wajar diberi pujian dan dijadikan contoh oleh pihak berkuasa tempatan lain untuk melestarikan alam sekitar dengan cara mendidik masyarakat untuk menggunakan bekas sisa mengikut fungsi yang telah ditetapkan.”

“Tong berwarna hijau untuk sisa dapur dan tong berwarna oren untuk sisa kitar semula,” jelas beliau.

ā€œTong sisa mudah alih ini diharap dapat menggalakkan lagi pengasingan sisa punca di Putrajaya terutamanya”.

“Ia juga selaras dengan tema Hari Alam Sekitar iaitu ‘Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama’ bagi memastikan persekitaran di kawasan kediaman Putrajaya lebih kemas dan teratur,ā€ kata beliau lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menyatakan Perbadanan Putrajaya dan Alam Flora akan mula mengedarkan sejumlah 7,758 unit tong sisa mudah alih khas berwarna oren untuk pengumpulan sisa kitar semula secara berperingkat di kawasan-kawasan kediaman iaitu premis bertanah di sekitar Putrajaya mulai hari ini.

“Tong sisa mudah alih berkapasiti 120 liter berwarna oren ini akan diberikan secara percuma mengikut premis”.

Beliau juga menyeru orang ramai untuk mendaftar sebagai Rakan Alam Sekitar (RAS) dan galakan juga perlu diberi kepada mereka untuk menyertainya.

“RAS yang diuruskan oleh Jabatan Alam Sekitar perlu memberi fokus kepada penglibatan secara ā€œhands-onā€ anggota masyarakat dalam membantu agensi-agensi Kerajaan membanteras kegiatan-kegiatan yang merosak atau mencemar alam sekitar.”

Tambah beliau lagi, “Sehingga kini, keahlian RAS di seluruh negara telah mencapai seramai 259,429 orang.ā€

img-20161022-wa0012

Program hari ini adalah anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Wilayah Persekutuan, Alam Flora Sdn. Bhd. dan Berita Harian.

Turut hadir di majlis ini ialah Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan Sosio-Ekonomi Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Norā€™ Aini Abdul Wahab dan Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn. Bhd., Datuk Mohd. Zain Hassan.

-DK

Ā 

Tinggalkan komen anda