Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Wira Lang Merah Di Rai Bawa Piala Ke Jelapang Padi

By 2 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh : Muhamad Azrul bin Abdullah

ALOR SETAR, 1 Nov (Malaysiaaktif) – Sejak dari pukul 3 petang tadi, ribuan penyokong setia Hijau Kuning menantikan ketibaan wira-wira Lang Merah membawa pulang Piala Liga Malaysia yang kali terakhir berada di sini ialah pada tahun 2008.

Turut bersama-sama dalam perarakan ialah Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah, Setiausaha kehormat KFA, Datuk Aminudin serta Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Ujar Datuk Aminudin, pihak pengurusan KFA merakam jutaan terima kasih kepada penyokong skuad hijau kuning serta presiden KFA dan berjanji akan mempertahankan kejuaraan ini.

Ahmad Bashah telah berjanji di hadapan penyokong bahawa beberapa insentif akan diambil selaras dengan kejuaraan ini iaitu perlawanan liga super yang pertama di musim depan adalah percuma bagi menghargai kesetiaan penyokong bola sepak kedah, selain itu, kemudahan di stadium Darul Aman akan di pertingkatkan. Bagi memastikan Piala ini terus kekal di Kedah, KFA akan memastikan kejuaraan piala sumbangsih dan liga super musim depan menjadi milik Kedah.

Menurut Bashah, satu rangka program di antara pemain dan penyokong akan diadakan pada tahun hadapan sebagai usaha memuafakatkan rakyat negeri Kedah, selain sistem pengurusan tiket akan diperkemaskan dan barisan pemain dan jurulatih import akan dipilih sebaik mungkin. Kerajaan negeri juga bersetuju untuk membina sebuah stadium yang mampu memuatkan seramai 60 ribu penyokong.

Turut hadir bagi menyatakan sokongan adalah Exco Datuk Noorsabrina bersama anaknya , bagi meraikan perarakan wira wira negeri kedah yang turut diiringi oleh 60 buah yang di kawal oleh Polis DiRaja Malaysia

– MRR

Tinggalkan komen anda