Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePerakViral

Lebih 2,000 Rakyat Hadir Majlis Bersama Rakyat Sultan Nazrin di Sayong

By 7 November 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Mohamad Ismail Daud

KUALA KANGSAR, 7 Nov (Malaysiaaktif) – Hujan yang turun tidak menghalang lebih 2,000 segenap lapisan masyarakat hadir ke Persisiran Sayong di sini pada Jumaat sempena ulang tahun keputeraan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Bersama Rakyat dan masyarakat setempat dari seluruh negeri Perak tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan Sultan dan Permaisuri yang disayangi mereka.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Menurut seorang pegawai bank, Sharul Shaarani, dia sanggup datang dari Greentown, Ipoh untuk bersama tuanku Sultan yang disayangi.

Manakala, Ketua Kampung Sayong, Nasir Ismail, merasa bangga dan menjunjung kasih kerana DYMM Tuanku Sultan memilih persisiran sayong untuk program Jamuan Bersama Rakyat ini.

Majlis yang dimulakan dengan lagu kebesaran negeri Perak, bacaan ayat suci Al-Quran, dan bacaan doa itu turut diserikan dengan persembahan puisi dari bertajuk ‘Raja dan Rakyat Berpisah Tiada’ oleh Guru Pembimbing Sastera dan Budaya, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temenggong Kati, Suhaimi Ahmad.

Pada majlis tersebut, baginda berdua turut dihiburkan dengan persembahan gambus dari Kumpulan Gambus TMC Klasik, Parlimen Padang Rengas dan dendangan nyanyian dari Sekolah Seni Malaysia Perak, SMK Muhibah, Sungai Siput.

Turut berangkat, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Raja Nor Mahani Raja Shahar, Raja Iskandar Zulkarnain Sultan Idris.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda