Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Pelajar Didedahkan Kemudahan Di Pusat Perkhidmatan Rakyat

By 10 November 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hamizan Hamzah / Foto: Anuar Che Mat

KANGAR, 10 November (Malaysiaaktif) — Seramai 40 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Al-Islahiyah Behor Mali di sini hari ini membuat kunjungan ke Pusat Maklumat Rakyat Negeri Perlis (PMR).

Kunjungan sempena Program Pengimarahan Pusat Maklumat Rakyat 2016 ini bertujuan mendedahkan orang ramai, khususnya pelajar kepada pelbagai kemudahan percuma yang ditawarkan.

5baecad6-9ad4-4730-8034-bc8dc0896d6d

“PMR selesa dan lengkap kerana banyak maklumat yang boleh diperoleh serta banyak kemudahan yang boleh digunakan bagi membantu pelajar,” ujar Siti Nur Afiza, 15, salah seorang daripada pelajar dalam kumpulan tersebut.

Bagi Muhammad Firdaus Roslan,18, perkhidmatan yang disediakan berguna untuk orang ramai, terutama pelajar yang tidak memiliki komputer dan talian Internet bagi membuat tugasan,” katanya.

Kemudahan dan bahan-bahan yang terdapat di PMR membantu dalam memberikan pencerahan tentang dasar-dasar kerajaan. Pusat tersebut dibuka setiap hari bekerja daripada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

PMR ini diuruskan oleh Jabatan Penerangan Negeri Perlis.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda