Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajayaViralWilayah Persekutuan

Jepun Perkenal Okayama Sebagai Destinasi Mesra Islam

By 16 November 2016Tiada komen4 minit bacaan

 

 Oleh: Syed Fauzi Syd Mostapa / Foto: Okayama Government

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Malaysiaaktif) – “Dengan jumlah pelancong dari Malaysia ke Jepun yang mencecah 300,000 pada tahun lepas, kami mengambil inisiatif untuk membuka suatu lagi fasa bagi memperkenalkan lokasi terbaharu untuk dikunjungi pelancong Malaysia yang berkonsepkan Mesra Islam di Okayama.”

Datuk Bandar Okayama, Masao Omori berkata demikian ketika Okayama Tourism Promotion Seminar 2016 yang berlangsung di Hotel Intercontinental di sini semalam.

img_7023-1

Tambahnya, jumlah pelancong dari Malaysia ke Jepun meningkat tiga kali ganda sejak 2011. Pasaran pelancong yang beragama Islam pula dilihat semakin meningkat saban tahun.

“Oleh sebab itu, kami perlu menyediakan makanan halal, selain hotel yang menyediakan tempat sembahyang untuk memudahkan percutian mereka ini. Saya percaya rakyat Malaysia tidak kira agama dan budaya secara keseluruhannya juga lebih tertarik dengan konsep yang kami bawakan ini,” jelasnya.

kehijauan-di-okayama

Kehijauan di Okayama.

Bandar Okayama kaya dengan sumber alam yang indah termasuk gunung, dua sungai besar iaitu Sungai Asahi dan Sungai Yoshii serta Laut Seto Inland. Kedudukannya pula strategik di pertembungan antara lebuh raya yang menghubungkan wilayah Chugoku dan wilayah Shihoku.

musim-luruh-di-okayama

Musim luruh di Okayama.

Menawarkan empat musim iaitu, musim panas, sejuk, bunga dan luruh pastinya akan menggamit pelancong Malaysia yang selesa dengan iklim panas dan lembap sepanjang tahun.

“Terdapat pelbagai tempat bersejarah yang cantik seperti Kibitsu Shrine, Saijo Inari, Kinoja Castle selain Okayama Castle yang telah dibina sejak 400 tahun dahulu yang dikenali sebagai Kibi Kingdom. Bukan itu sahaja, keenakan buah-buahan segar yang ada di sini seperti white peach, muscat grapes selain makanan laut pastinya menjadikan Okayama destinasi pilihan baharu  pengunjung ke Jepun,” ujarnya lagi.

muscat-grapesSementara itu bagi Ketua Pegawai Eksekutif GMC Travels and Tours, Zabri Hamzah, Okayama dilihat sebagai suatu destinasi yang menarik bagi pelancong yang suka akan Jepun.

“Pada saya, selama ini pelanggan saya yang ke Jepun rata-rata memilih lokasi seperti Osaka dan  Tokyo. Apa yang saya lihat ialah kecenderungan mereka untuk kembali ke Jepun oleh sebab keunikan budaya dan keindahan pemandangan di sana.

“Ditambah pula dengan konsep Mesra Islam ini, saya percaya pasti dapat menarik lebih ramai pengunjung Malaysia ke sana. Sejujurnya, ini kali pertama saya mendengar destinasi Okayama, bila tengok peta yang diberi baru saya tahu sebelah Osaka letaknya. Hanya 44 minit dengan menaiki Nozomi (kereta api).

zabri-hamzah

Zabri Hamzah

“Konsep hotel yang bercirikan Islam, selain restoran yang menyajikan makanan Halal, saya pasti memberikan manfaat kepada pelancong Islam secara keseluruhannya. Dengan keindahan alam yang ditawarkan selain aktiviti memetik buah-buahan di sana ditambah pula dengan musim bunga yang berwarna-warni pastinya semakin ramai pelancong Malaysia memilih Jepun.

“Dari segi bajet, destinasi Tokyo pasti lebih mahal. Tokyo ialah sebuah bandar raya yang maju, tempat tinggal, pengangkutan dan makanan di sana semuanya mahal berbanding Okayama yang lebih dilihat sebagai percutian bajet,” ujarnya yang telah lapan tahun berada dalam industri pelancongan.

puteri-idayu-raja-samsudin

Puteri Idayu Raja Samsudin

Bagi Pengarah Operasi Halcent Discovery Holidays, Puteri Idayu Raja Samsudin pula pelancong Malaysia hari ini tidak lagi memilih destinasi hiburan seperti Disneyland dan Universal Studios sebaliknya lebih menghargai kehijauan alam, dan kebiruan langit serta laut.

“Jangan terperanjat jika pengunjung ke Jepun kini, tidak lagi berminat untuk ke tempat hiburan seperti Disneyland dan Universal Studio. Jika kita lihat menerusi laman Backpackers untuk generasi muda khasnya, mereka memilih lokasi seperti gunung-ganang, hutan, pantai untuk dikunjungi.

percutian-mesra-islam

“Okayama ini saya lihat sebagai destinasi yang mempunyai potensi untuk berkembang. Konsep kembali kepada keindahan alam ini saya lihat dapat menarik pengunjung Malaysia.

“Kalau dulu orang pilih lokasi popular seperti Tokyo, Hokaido dan Osaka. Apa yang saya lihat bandar Okayama seimbang sebab boleh pergi beli-belah di Kyobashi Morning Market, boleh tengok cherry blossoms di Handayama Botanical Garden, boleh pula bergambar dengan sejuta bunga ros di RSK Rosa Garden,” ujarnya.

Gambaran Kibiji Zone pada malam hari.

Gambaran Kibiji Zone pada malam hari.

Idayu juga berpendapat pengunjung Malaysia pasti tertarik untuk ke Jepun oleh sebab budaya dan kehidupan masyarakat Jepun yang unik.

“Orang Malaysia selain nak rasa musim yang berbeza, mereka ini juga biasanya nak tengok budaya masyarakat Jepun yang berbeza. Bila lihat mereka ini, mengajar kita lebih berdisiplin menghormati sesama sendiri, dan menepati masa. Tiada istilah perlu ikut pangkat di sana.

Pokok Cherry Blossom di Okayama menjadi tarikan pengunjung.

Pokok Cherry Blossom di Okayama menjadi tarikan pengunjung.

“Cuma saya harap akan ada penerbangan terus ke Okayama kerana menerusi perbincangan tadi saya dapati tiada akses terus ke Okayama sebaliknya perlu ke lapangan terbang Tokyo, Soppporo mahu pun Okinawa. Kemudian kita perlu pula mengambil penerbangan domestic seperti Peach Airways untuk ke Okayama,’ ujarnya.

lambakan-kedai-di-okayama

Lambakan kedai di Okayama.

Pada majlis tersebut juga telah berlangsung upacara menandatangani memorandum persefahaman antara Datuk Bandar Okayama City, Masao Omori, Datuk Bandar Kibichuo Town, Masanori Yomamoto dan Pengarah Urusan Corporate Information Travel, Thaddues Foo.

 

-DZ

Tinggalkan komen anda