Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau PinangViral

Terkena Tembakan, Jurukamera RTM Kini Stabil

By 2 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Oleh: Azrul Hasan (George Town)

GEORGE TOWN, 2 Disember (Malaysiaaktif) – Seorang jurukamera sambilan RTM yang dilaporkan cedera parah selepas terkena tembakan ketika menjalankan tugas berdekatan Pusat Komersial E-Gate, kini berada dalam keadaan stabil.

Mangsa, Mohamad Amirul Amin Amir, 27, telah menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru di bahu kirinya di Wad Kecemasan Hospital Pulau Pinang, semalam.

Perkara ini telah disahkan oleh Pengarah Jabatan Penyiaran Pulau Pinang (RTM), Yah Mat Zin.

Yah turut meminta agar orang ramai menghentikan penyebaran berita tidak sahih kerana kes masih dalam siasatan pihak Polis.

whatsapp-image-2016-12-01-at-11-56-25-pm-1

Menurut Yah, dalam kejadian yang berlaku kira-kira 7.15 petang itu Amirul bersama seorang lagi petugas sedang dalam perjalanan ke Tapak Pesta Pulau Pinang untuk urusan tugasan majlis perasmian.

Amirul kemudiannya dikatakan telah memberhentikan motosikal yang ditunggangi untuk melihat kejadian kemalangan yang berlaku di situ, sebelum terkena tembakan dari individu yang tidak dikenali.

Sementara itu, rakan sejawat Amirul yang dihubungi wartawan Malaysiaakif, Mohd Fauzi Mohamed Dali, meluahkan rasa terkejutnya dengan berita kejadian yang menimpa rakannya itu.

Fauzi bersama rakan-rakan lain di RTM tidak menyangka perkara ini berlaku dan mendoakan agar Amirul akan segera sembuh.

– AH

Tinggalkan komen anda