Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurViralWilayah Persekutuan

Laman Media, Memudahkan Petugas Media PAU2016

By 2 Disember 2016Tiada komen3 minit bacaan

 

Oleh : Muhammad Rizal Redzuan

 

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Malaysiaakti) – Lokasi yang sangat strategik, di tengah -tengah dewan-dewan persidangan, sangat cepat untuk bergerak ke mana – mana, bersebelahan surau, tandas, kemudahan wifi, makanan yang sentiasa ada serta sedap memberikan keselesaan untuk wartawan bekerja, itu luahan wartawan The Star, Fatimah Zainal, 23, di Persidangan Agong UMNO ke 70 terhadap kemudahan di Laman Media PAU2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 29 November hingga 3 Disember ini.

img-20161202-wa0014

Bagi wartawan BERNAMA, Muhammad Ammar Shafiq Hamzah, 26, beliau sangat perlu menghantar tugasannya dengan segera, justeru kemudahan wifi percuma yang disediakan sangat membantu kerja – kerja beliau. Selain itu, makanan yang sentiasa ada membolehkan para wartawan makan pada bila – bila masa sahaja kerana mereka tidak boleh terikat dengan waktu makan seperti orang lain.

20161202_182522

Menurut Ammar, dia juga dapat makan sambil membuat tugasan kerana disediakan meja, kerusi dan tempat yang selesa.

Bagi wartawan Berita Harian, Ahmad Suhael Adnan, 25, beliau berharap, satu sistem penyampaian maklumat atau info acara – acara yang berlansung dengan lebih berkesan. Ini kerana, menurutnya, wartawan seperti tercari – cari maklumat. Maklumat agak susah juga untuk diperolehi oleh wartawan yang bertugas.

Suhael berkata, adanya sukarelawan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berugas menjaga media. Mungkin pihak pengurusan PAU2016 dapat usahakan, satu sukarelawan untuk satu agensi media, jika ada apa-apa keperluan atau maklumat, wartawan boleh terus mencari atau menghubungi sukarelawan bertugas tersebut tanpa perlu tercari-cari maklumat di sana – sini.

Selain itu, perkhidmatan wifi sangat perlahan kerana terlalu ramai pengguna. Suhael bercadang supaya lebih banyak saluran wifi dan komputer di sediakan untuk wartawan pada masa-masa akan datang.

Suhael juga berharap, ruang Laman Media di besarkan kerana agak sempit.

img-20161202-wa0022

Sukarelawan UiTM untuk Media Umnoonline, Zareen Humairah Sejahan pula berkata, Laman Media perlu lebih luas kerana agak padat dan wartawan terpaksa beratur untuk masuk setiap kali lepas tugasan. Selain itu, tempat plug juga sangat sedikit menyukarkan wartawan untuk menggunakan komputer, caj komputer riba dan telefon bimbit.

Menurut Ketua Komunikasi Media PAU2016, Mohd Nasri Zakariah, kelainan pada tahun ini ialah Laman Media memperkenalkan “Sound Intergrated System” (SIS) di mana semua bunyi-bunyi dari TV hanya boleh di dengari melalui “earphone” yang disediakan. Ini kerana pada tahun lalu, pihak media mengadu bunyi TV di Laman Media bising dan mengganggu tugas mereka.

Nasri berkata, kelajuan internet yang sediakan ialah 250mbps dan ia mampu menampung kegunaan seribu petugas media secara serentak.

Sebanyak 50 agensi media cetak dan elektronik, tujuh daripadanya adalah media luar negara seperti Associated Press, Agence France-Presse (AFP), Reuters, Dow Jones, Bloomberg, Channel News Asia Singapore yang berdaftar dengan PAU2016.

Agensi, akhbar dan pertubuhan berita ini ialah dari beberapa negara antaranya Singapore, Indonesia, Maldives dan Bangladesh. Sebanyak 1600 pas media khas PAU2016 telah dikeluarkan untuk petugas media.

Pihak pengurusan PAU2016 juga menyediakan 30 orang petugas media di Laman Media ditambah dengan 50 orang sukarelawan UiTM dalam bidang Komunikasi Massa.

Manakala makanan disediakan untuk 2000 orang sepanjang masa.

Tinggalkan komen anda