Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

‘PANAS!’ Didi Hilang 3Kg Sepanjang PAU 2016

By 3 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh Syed Hisham Shah (Putrajaya)

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Malaysiaaktif) – Selama lima hari Perhimpunan Agung UMNO berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, pelbagai tarikan menarik disediakan daripada pameran, persembahan hiburan, hinggalah ke gerai jualan.

Bagi mereka yang berada di sini, pastinya kelibat maskot animasi ‘Didi & Friends’ dan ‘Boboiboy’ menjengah di pandangan. Malah ada yang tidak melepaskan peluang bergambar dengan mereka ini.

Disebalik kecomelan maskot ini, terdapat susuk tubuh yang memakainya. Bukanlah sesuatu yang mudah untuk mengendalikan kostum yang anggaran kasar beratnya mencecah 12 kilogram.

Bagi Muhamad Akmal Fitry, 15 tahun, pengalaman menjadi ‘mascot talent’ merupakan sesuatu yang amat menyeronokkan.

Akmal Fitri berharap dapat terus menjadi 'mascot talent' pada masa akan datang.

Akmal Fitri berharap dapat terus menjadi ‘mascot talent’ pada masa akan datang.

 

“Kesempatan cuti sekolah ini saya manfaatkan sepenuhnya dengan mengikut abang sepupu saya ke Kuala Lumpur menjadi ‘Didi’, ujar pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Syed Abu Bakar, Kupang, Kedah ini.

“Walaupun keadaan agak panas, dan selalu kena asak dengan orang yang ingin bergambar, saya seronok dengan tugas ini. Lagipun dapat duit belanja, siapa tak mahu,” jelasnya lagi.

Sementara itu, menurut Mohd Danial Farhan, yang telah menjadi ‘maskot talent’ selama lima tahun, keseronokan yang dipamerkan oleh pengunjung adalah keseronokan buat dirinya. Koatum

Setiapi 'mascot talent' perlu menghayati setiap watak yang dipakai

Setiapi ‘mascot talent’ perlu menghayati setiap watak yang dipakai

 

“Melihat kanak-kanak keriangan setelah dapat bergambar dengan kami merupakan kegembiraan juga buat kami,” ulasnya yang pernah mengenakan pelbagai jenis kostum sebelum ini termasuklah watak ‘Upin Ipin’, ‘Angry Bird’ dan ‘Bugs Bunny’.

Antara cabaran yang dihadapi ketika mengenakan kostum ini adalah kesukaran untuk bergerak.

“Kebiasaannya setiap maskot akan diiringi dengan seorang marshal untuk memimpin dan memandu arah. Kami juga harus pandai mengimbangkan diri untuk mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya yang pernah terjatuh ketika mengenakan kostum maskot dahulu.

“Sebelum mengenakan kostum, kami akan pastikan perut telah diisi dan minum air sewajarnya untuk mengelak dihidrasi.

“Memakai kostum ini ibarat memasuki bilik sauna kerana pemakai akan kepanasan dan berpeluh. Kebiasaannya pemakai akan kehilangan sekitar 1 hingga 3 kilogram berat badan apabila memakai kostum untuk tempoh sekitar 30 hingga 45 minit,” katanya yang turut kehilangan 15 kilogram berat badan sejak dua tahun lalu.

Danial turut berharap agar bidang animasi di Malaysia semakin banyak dan meluas sepertimana yang berlaku di luar negara.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda