Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Pameran M16, M4 dan Pistol Glock di PWTC

By 3 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh Pradeeb Kumar Velayutham

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Malaysiaaktif) – “Rasa macam askar! pendedahan asas mengenai peralatan dan senjata ini kepada masyarakat oleh para pegawai ATM amat menyeronokkan serta berinfomasi” itulah kata-kata Engku Abdul Hadi 21, daripada Kelab UMNO Jordan yang amat teruja dengan pameran oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2016 ini berlangsung.

Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mencuba senjata milik ATM

Pengunjung tidak melepaskan peluang untuk mencuba senjata milik ATM

 

Menurut Aiman Md. Hamdan, 14, dari Langkawi berkata dia berasa amat teruja dan bangga kerana dapat pegang serta rasai sendiri peralatan yang digunakan oleh pejuang-pejuang negara kita.

Seorang lagi pengunjung pameran tersebut Mohd Asyraf Akmal Azmi, 27, Segamat, Johor berkata “ Ternyata satu pengalaman baharu, yang mana pegawai tentera menunjukkan teknik-teknik menembak dalam jarak dekat dan jauh, cara memegang senjata dengan betul dan cara isi peluru.”

Pelbagai jenis peralatan komunikasi, pakaian seragam, pakaian kalis peluru, pistol, senapang dan peralatan ketenteraan yang digunakan oleh tentera dipamerkan di pameran pihak ATM menjadi tumpuan orang ramai, terutamanya golongan muda.

Antara aset milik ATM yang dipamerkan di PAU 2016 ini.

Antara aset milik ATM yang dipamerkan di PAU 2016 ini.

 

Antara senjata yang menjadi tumpuan pameran ialah M16, M4, Pistol Glock dan sepucuk M4 yang lengkap dengan pelbagai gajet canggih serta laser tembakan peluru.

Menurut Leftenan Haffiz Zainudin Shah, daripada Markas ATM Bahagian Hal Ehwal Awam, sambutan daripada pelawat kepada pameran mereka amat menggalakkan.

“Ini sempena kami, mempamerkan pelbagai senjata dan peralatan tentera yang digunakan dalam operasi harian kami. Ramai hadirin kagum dan terdapat juga para veteran yang melihat kembali beberapa senjata lama yang membawa imbasan nostalgia mereka ketika bertugas dahulu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, selain pameran senjata dan peralatan, pihak ATM bersama pihak Tentera Udara, Tentera Darat dan Marin turut membuka pusat informasi untuk prospek kerjaya dalam bidang ketenteraan negara kepada para pelawat.

Khidmat nasihat, dan sebarang soalan mengenai ATM boleh diperolehi di pusat informasi ini.

Pada masa yang sama pihak ATM juga menjalankan kutipan Tabung Pahlawan di pameran tersebut sempena menggenang jasa para perajurit negara.

 

-SH

Tinggalkan komen anda