Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeKelantanViral

Kawasan Rendah Sekitar Sg Golok Mula Dinaiki Air

By 3 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan
Laporan / foto oleh Wan Seman Wan Bedollah &Mohd Suhaidi Mat Jusoh (Pasir Mas)

RANTAU PANJANG, 3 Dis 2016 (Malaysiaaktif) – Hujan lebat yang melanda negeri Kelantan sejak dua hari lepas menyebabkan beberapa kawasan rendah, terutama di sekitar Sungai Golok mula dinaiki air.

Malaysiaaktif Kelantan mendapati dua kawasan rendah di Rantau Panjang, iaitu Kampung Lancang dan Kampung Putat 7 dinaiki air.

Walau bagaimana pun pada kira-kira pukul 3.00 petang tadi air mulai melimpah paras dua  meter di atas jalan di Kampung Putat 7 hingga menyebabkan ia tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan. Setakat laporan ini difailkan tiada mangsa yang dipindahkan.

Mengikut jurucakap Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Zaimi Samat keadaan masih terkawal dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

Beliau menasihatkan orang ramai, terutama mereka yang tinggal di kawasan rendah dan mudah dinaiki air seperti di sekitar Sungai Golok supaya mengambil langkah berjaga-jaga pada masa sekarang.

Zaimi seterusnya menyarankan orang ramai patuh kepada arahan  dan berpindah sekiranya diminta berbuat demikian, selain mengikuti perkembangan semasa berkaitan banjir.

Sementara itu, Bilik Gerakan Banjir Jajahan Pasir Mas telah mula beroperasi sejak pukul 2.00 petang tadi.

Semua laluan jalan utama ke Pasir Mas dan Rantau Panjang masih boleh dilalui oleh  kenderaan.

Bacaan paras air di Sungai Golok setakat ini 8.70 meter, iaitu melebihi paras amaran.

 

-AAS

Tinggalkan komen anda