Penduduk Berjaga Air Pasang Besar

img-20161204-wa0017-1024x576

 

Laporan dan foto oleh Robani Nabi Ahmad

KOTA BHARU  4 Dis (Malaysiaaktif) – Beberapa penduduk sekitar Kampung Pantai Pulau Kundur ibarat ‘mata-mata’ apabila berjaga sepanjang malam memerhatikan paras laut di sini.

Penduduk dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa bersiap-siaga menghadapi musim banjir saban tahun.

Penduduk dalam keadaan berjaga-jaga dan sentiasa bersiap-siaga menghadapi musim banjir saban tahun.

 

Mohamad Abdullah, 53, bersama-sama penduduk sekitar berjaga sejak pukul 10.00 malam sehingga jam 4 pagi tadi di tepi pantai belakang rumahnya kerana risaukan kediaman mereka dilambung ombak sambil memerhatikan perkembangan limpahan air laut pasang.

Jusuh Hassan, 55, berkata kebanyakan penduduk termasuk keluarganya tidak meninggalkan kediaman selepas mendapati keadaan terkawal ketika air pasang petang semalam.

“Bagaimanapun, sebaik air mulai melimpah ke kawasan rumah, saya mengarahkan anggota keluarga berpindah ketempat yang lebih tinggi,” ujarnya kepada Malaysiaaktif.

Menurut seorang lagi penduduk setempat, Syariman, 20, menambah kesan air pasang besar 2014 menjadi sejarah hitam baginya kerana rumah mereka ranap sekelip mata.

“Kami tidak sempat berbuat apa-apa kerana air naik dengan cepat,” ujarnya menahan sebak.

 

-SH/AAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *