Keadaan Banjir di Bachok Semakin Pulih

banjir3-1024x576

 

 Laporan dan foto oleh: Siti Meriam Mohamad / Rosli Md Zin (Bachok)

BACHOK, 5 Dis (Malaysiaktif) – 20 orang mangsa banjir dari Taman CT Jaya, Jelawat dan Kampung Beris Gajah Mati, Tawang, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Jelawat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor apabila kawasan kediaman mereka dinaiki air akibat hujan lebat.

Menurut salah seorang Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Hafizuddin Ayub, Pusat Pemindahan Mangsa Banjir di SMK Jelawat telah dibuka pada 3 Disember lalu yang melibatkan lima buah keluarga yang terdiri daripada 8 orang mangsa termasuk empat lelaki dewasa, tiga orang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki.

Banjir yang kian surut membenarkan mangsa banjir meninggalkan pusat pemindahan mangsa bencana

8 mangsa banjir dari Pusat Pemindahan Bencana SMK Jelawat dibenarkan pulang ekoran banjir yang semakin surut.

 

Walaubagaimana pun, hasil tinjauan ke Pusat Pemindahan Banjir di SMK Jelawat, pada pukul 5.30 petang semalam kesemua mangsa banjir telah pulang ke rumah kerana air semakin surut dan pusat ini akan ditutup bila-bila masa sahaja.

Manakala di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Panchor, Tawang didapati mangsa banjir seramai 12 orang yang terdiri daripada tiga keluarga termasuk tiga orang lelaki, lima wanita dan empat orang kanak-kanak masih berada di pusat pemindahan kerana air masih diparas yang sama sejak semalam.

Yusuf Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKKP) Kampung Beris Gajah Mati berkata keadaan di Kampung Gajah Mati seolah-olah menjadi tempat takungan air kerana air tidak boleh mengalir dan mengakibatkan air makin naik sejak pagi semalam kerana hujan lebat.

Salah seorang mangsa banjir yang ditemuramah, Wan Syukri Wan Nawang, 47, menjelaskan ini bukanlah kali pertama kawasan ini dinaiki air kerana lokasinya terletak berhampiran sungai kecil yang mempunyai tebing yang agak rendah dan apabila hujan berterusan selama sehari air sungai akan melimpah dan memenuhi kawasan kediamannya.

“Air hujan yang melimpahi kawasan kediaman kami ini sukar untuk surut kerana air tidak boleh mengalir ekoran sistem perparitan yang tersumbat,” ujarnya lagi.

Walaubagaimana pun, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran telah dimaklumkan akan perkara ini dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

 

-SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...