MCCF Jalankan Pendataan dan Kebajikan Warga Asing

pengerusi-mccf-halim-ishak-menunjukkan-logo-program-khidmat-imigran-yang-didakwa-telah-menjalankan-penipuan-kepada-warga-asing

 

 Laporan dan foto oleh: Edawati Sulaiman (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 7 Disember (Malaysiaaktif) – Bagi membantu kerajaan dalam mengenalpasti jumlah sebenar warga asing yang berada di Malaysia, Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF) telah menjalankan Program Pendataan dan Kebajikan Warga Asing.

Menurut Pengerusi MCCF, Halim Ishak, proses pendataan ini melibatkan warga asing secara menyeluruh, sama ada yang berdaftar secara sah, tanpa majikan atau memegang status diragui dan terpencil.

“Hasil dari pendataan yang dilaksanakan sejak pelancarannya pada 17 Mei yang lalu, seramai 15,000 warga asing telah berdaftar dengan MCCF dengan jumlah warga Indonesia mendahului diikuti warga Bangladesh, Myanmar dan Filipina,” katanya.

Tambah Halim, program ini dijalankan menerusi sukarelawan yang dilantik dan akan dipantau oleh Pengurus Negeri dan Daerah yang telah mengikuti seminar anjuran MCCF sebelum ini.

“Untuk mengikuti program ini mereka hanya perlu membayar sebanyak RM400 sahaja iaitu RM300 kebajikan dan RM100 untuk pengurusan dan pendaftaran,” ujar Halim pada sidang media Seminar Penerangan Program Pendataan dan Kebajikan MCCF, di sini semalam.

Mengulas lanjut mengenai isu Program Khidmat Imigran yang diasaskan oleh Amir Pasirin, Halim berkata MCCF tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penipuan kepada warga asing itu.

Tegas Halim, MCCF telah menghentikan sistem ‘Foreign Data Centre’ (FDC) yang diuruskan oleh Syarikat Paradise Data Analytics Sdn Bhd dan digantikan dengan Sistem ‘Foreign Immigrant Directory’ (FID) oleh Syarikat Medutech Sdn Bhd yang dilantik oleh MCCF.

Nasharuddin (kiri) dan Halim (kanan) memperkenalkan kad baru kepada media.

Nasharuddin (kiri) dan Halim (kanan) memperkenalkan kad baru kepada media.

Pada sidang media yang sama, Halim turut memperkenalkan Kad MCCF baharu yang dilengkapi ‘Quick Respond (QR) Code’ dan maklumat lengkap warga asing bagi memudahkan semakan pihak polis atau imigresen sekiranya mereka ditangkap.

Sementara itu, Setiausaha Agung MCCF, Nasharuddin Mohd Nor berkata proses pendataan dan kebajikan ini merangkumi empat bahagian iaitu Pendataan, Kebajikan, Pengklasifikasian dan Penyeleraian.

proses-pendataan-dan-kebajikan-warga-asing

Proses Pendataan dan Kebajikan Warga Asing.

– AH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *