Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurEkonomiHomeTerengganu

Kerajaan Peruntuk RM6.7 Bilion Untuk Usahawan PKS

By 14 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

 Laporan dan foto oleh Zamri Abd Razak (Kuala Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 14 Dis (Malaysiaktif) – “Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM6.7 bilion melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk diagihkan kepada usahawan PKS,” ujar Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan, disini, pagi tadi.

Usahawan bumiputera di negeri ini disaran merebut peluang yang diberi oleh kerajaan untuk memperkembangkan perniagaan mereka.

Menurutnya, peruntukan sebanyak RM1.5 bilion telah dikhususkan kepada usahawan bumiputera dan selebihnya akan dikongsi bersama di antara usahawan bumiputera dengan usahawan lain.

“Peruntukan ini akan mula diagihkan pada Januari 2017 dan menyarankan agar usahawan bumiputera seluruh negara bersiap sedia untuk memohon bantuan berbentuk pinjaman dan geran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan program outreach MITI dan agensi dengan kerjasama Majlis Seketariat Pembangunan Usahawan Terengganu (MSPUT).

Program outreach ini terdiri daripada pelbagai produk pembiayaan, geran serta insentif yang ditawarkan oleh kerajaan melalui MITI dan juga bagi mewujudkan jaringan antara pegawai kerajaan dan usahawan.

Melalui program ini sehingga akhir September lalu, sejumlah lebih RM220 juta telah diluluskan kepada 17,244 PKS berdaftar manakala sebanyak 1,909 PKS telah berjaya mendapat geran dengan nilai keseluruhan melebihi RM9 juta.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda