Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala LumpurWilayah Persekutuan

200 Pembeli Bertuah PPA1M Terima Surat Tawaran

By 15 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Laporan / foto oleh Mazlina Abd Aziz & Sharifah Hazwani Syed Mahusin

KUALA LUMPUR, 15 Disember (Malaysiaaktif) – Seramai 200 penjawat awam yang berjaya dalam permohonan untuk memiliki rumah Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) di projek pembinaan Bandar Baru Sentul Utama, diraikan dalam Majlis Penyerahan Surat Tawaran PPA1M, di sini semalam.

Bagi Pegawai Pemulihan Perubatan Pertuturan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Muhammad Safwan Yusuf, 25, dia berasa gembira dan bertuah kerana berjaya dalam permohonan kali pertama.

“Saya gembira kerana dalam 879 orang yang memohon PPA1M ini, hanya 200 yang diterima termasuk saya. Saya juga berharap agar projek ini diteruskan bagi membantu penjawat awam memiliki rumah sendiri,” katanya.

pegawai-pemulihan-perubatan-pertuturan-hkl-muhammad-safwan-yusuf

Pegawai Pemulihan Perubatan Pertuturan HKL, Muhammad Safwan Yusuf

Seorang lagi penerima yang ditemui wartawan Malaysiaaktif, Doktor Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Sharifah Nurizzati Syed Nadzir, 26, berkongsi perasaan yang sama.

“Saya amat gembira kerana dapat memiliki rumah PPA1M ini yang dibina di bandaraya Kuala Lumpur dan sudah pasti saya akan menduduki rumah ini apabila siap kelak memandangkan kini saya menyewa di Keramat,” jelas Sharifah.

doktor-pergigian-ukm-dr-sharifah-nurizzati-syed-nadzir

Doktor Pergigian UKM, Dr. Sharifah Nurizzati Syed Nadzir

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata, kerajaan telah menetapkan untuk membina 100,000 unit rumah PPA1M menjelang 2018 yang turut menyediakan kemudahan bertaraf premium bagi memastikan keselesaan pemilik.

“Secara umumnya, PPA1M adalah inisiatif oleh kerajaan khusus bagi membantu penjawat awam memiliki rumah. Kerajaan mengambil perhatian serius atas isu yang dihadapi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri.

“Projek perumahan ini dibina mengikut saiz keluasan iaitu 1,000 kps dilengkapi 3 bilik tidur dan 2 bilik mandi. Harga yang ditawarkan sebanyak RM300,000 adalah sangat berpatutan di mana 40% lebih rendah dari harga pasaran dan jika dinilai melalui aspek keselesaan, keluasan, reka bentuk serta lokasi adalah setara dengan apa yang dinikmati rumah di pasaran,” ujar Tan Sri Dr Ali lagi.

Penyampaian surat tawaran kepada salah seorang penerima yang berjaya

Penyampaian surat tawaran kepada salah seorang penerima yang berjaya.

Projek usahasama pihak kerajaan dan Kumpulan Syarikat Melati Ehsan ini, turut menjalankan beberapa projek lain seperti projek Perumahan Perumahan Rakyat (PPR) dan infrastruktur awam seperti sekolah, hospital, lebuhraya serta jambatan.

 

– AH/AAS

Tinggalkan komen anda