Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Baucer Kelengkapan Sekolah Bantu Keluarga Kurang Berkemampuan

By 19 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Laporan dan foto oleh: Salawati Mat Shariff & Ariza Mohamed Zaki

KEPALA BATAS, 19 Disember (Malaysiaaktif) – Kelegaan jelas terpancar pada wajah seorang ibu kepada empat anak, Rokiah Che Ross, 33, apabila anaknya terpilih sebagai salah seorang penerima voucher bernilai RM100 untuk ditukarkan kepada pembelian barangan kelengkapan sekolah.

Rokiah yang tidak bekerja pada mulanya berasa risau kerana masih belum menyediakan kelengkapan persekolahan anaknya.

Tambah Rokiah, pemberian baucer tersebut sedikit sebanyak telah meringankan beban suaminya yang bekerja sebagai pemandu van.

Rokiah Che Ros, 33, bersama anak-anaknya

Rokiah Che Ros, 33, bersama anak-anaknya

Rokiah ditemui wartawan Malaysiaaktif semasa pelancaran kempen “Jom Kembali ke Sekolah” peringkat Parlimen Kepala Batas dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pinang Tunggal di sini, Sabtu lalu.

Seorang lagi penerima, isteri kepada seorang buruh kasar, Norazita Jellee, 42, berkongsi pendapat yang sama.

Norazita yang merupakan seorang suri rumah sepenuh masa berasa gembira kerana dua daripada enam orang anaknya layak menerima voucher berkenaan.

Menurut anak Norazita, Muhammad Adam Irfan Faizan, 10, dia berasa amat gembira kerana dapat memakai pakaian sekolah baharu dan tidak lagi memakai pakaian lama milik abang-abangnya.

norazita-jellee-1

Norazita Jellee, 42, bersama anak-anaknya

 

– AH

Tinggalkan komen anda