Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahEkonomiHomeSelangor

Skypark Subang Jalin Kerjasama Dengan Grab Car

By 20 Disember 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

Laporan / foto oleh  Noor Sazarina Mohd Noor (Petaling)

SUBANG, 20 Dis (Malaysiaaktif) — Terminal Skypark Subang memperoleh suatu lagi pencapaian penting apabila menjadi lapangan terbang pertama bekerjasama dengan Grab Car Malaysia (Grab) bagi menawarkan perkhidmatan tempahan kereta utama di Asia Tenggara.

Perjanjian yang memasuki tahun keempat ini menambahkan lagi kemudahan yang disediakan.

Menurut Pengarah Eksekutif Subang Skypark Sdn Bhd, Tan Sri Ravindran Menon, kerjasama yang memasuki tahun keempat ini memberikan nilai tambah kepada para pengunjung dan membolehkan perjalanan mereka lebih mudah dan selesa.

“Jumlah pengunjung ke Terminal Skypark yang semakin meningkat menyumbang kepada peningkatan penggunaan Grab ini,” ujarnya dalam sidang media majlis menandatangani perjanjian tersebut di sini petang tadi.

Menurut Ketua Grab Car Malaysia, Jaygan Fu, syarikat tersebut sentiasa berusaha memberikan tambah nilai kepada perkhidmatan yang mereka sediakan.

“Sebagai syarikat tempatan, kami sentiasa mencari usaha sama kreatif berciri tempatan yang dapat membantu menambah nilai kepada para pelanggan dan rakan kongsi kami. Usaha sama antara kami dan Terminal Skypark ini diharapkan berkekalan dan mendatangkan manfaat bersama.

“Kami juga berharap dapat memainkan peranan yang aktif dalam menyokong perkembangan industri pelancongan Malaysia dengan menawarkan perkhidmatan kereta tumpang yang mudah, boleh dipercayai dan berpatutan kepada para pelancong yang datang untuk tujuan sosial mahupun perniagaan,” jelas Jaygan.

Grab turut melancarkan perkhidmatan terbaharu mereka GrabCar (enam tempat duduk). Bagi memenuhi keperluan pengguna yang mahukan perkhidmatan kereta yang lebih selesa.

Tambah Jaygan Fu lagi, bagi menghargai kerjasama ini, Grab menawarkan promosi istimewa secara eksklusif berupa potongan harga sebanyak RM 10 daripada harga asal dua perjalanan GrabCar 6 tempat duduk dari/ ke Terminal Skypark Subang.

Bayaran tempahan boleh dengan tunai atau kad. Penumpang hanya perlu menaip kod promosi SKYPARK untuk mendapatkan potongan ini.

GrabCar 6 tempat duduk ini boleh ditempah pada bila-bila masa dengan tambang permulaan sebanyak RM2 dengan kadar minimum sebanyak RM8 bagi tempahan biasa dan RM15 bagi tempahan awal.

 

-SH/AAS

Tinggalkan komen anda