Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohorViral

Golongan OKU Mampu Berdaya Saing

By 21 Disember 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Ā Oleh Mohd Zahairi Ahmad Zabidi & Mazlin Basir

JOHOR, 20 Disember (Malaysiaaktif) ā€“ Kelainan upaya bukan penghalang untuk berjaya dalam hidup.

Bagi Nurul Hidayatul Islamin Johar, 23, keazaman dan cita-citanya yang tinggi mendorongnya untuk berusaha keras membina perniagaannya sendiri.

Biarpun mengalami sakit saraf (neuralgia), beliau yang lebih dikenali sebagai Yaya, berjaya membina perniagaan berkonsepkan Vendor Ala Kampung, ā€˜Vendor Beauty Islaminā€™.

Yaya yang merupakan peserta dibawah bimbingan Program Pembangunan Modal Insan Pantai Timur (Empower ECER), berharap agar diberi peluang untuk mengembangkan perniagaannya.

Empower ECER yang meliputi Program Latihan Kemahiran dan Keusahawanan serta Program Latihan Akademik ini bertujuan untuk merapatkan jurang ekonomi antara masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar melalui peningkatan prestasi akademik para pelajar dan kemahiran vokasional para peserta.

Sementara itu, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Batu Pahat telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat istimewa golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), di samping memupuk nilai cintakan kesenian dan budaya melalui Program Kesenian dan Kebudayaan OKU Peringkat Batu Pahat semalam.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Johor, Datuk Daud Arbah, bakat-bakat golongan OKU harus dikomersilkan sama ada bidang nyanyian, bermain alat muzik atau tarian.

 

– AH/AAS

Tinggalkan komen anda