[VIDEO] Permata Kenyir: Lubuk Kejor Dipelihara Rapi

20161013_134725

 

Laporan / Foto oleh : Muhammad Rizal Redzuan (Putrajaya)

 TASIK KENYIR, 24 Dis (Malaysiaaktif) – “Kebimbangan kerajaan Terengganu dengan kehadiran kepala air dan waktu ikan kelah emas yang menjadi tarikan utama pelancong bertelur, punca kawasan perlindungan Lubuk Kejor ditutup kepada semua pengunjung mulai sekarang hingga Mac 2017,” jelas Penolong Pegawai Tadbir (Penguatkuasaan) Bahagian Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir, Kamarulzaman Muda kepada semua yang berhajat mengunjungi Tasik Kenyir pada waktu ini. Menurut Kamarul, ini pertamanya berkaitan dengan keselamatan pengunjung kerana waktu tersebut ialah musim tengkujuh dan kepala air, iaitu air besar yang turun dengan laju dari hulu sungai boleh menghanyutkan pengunjung, selain membawa bersama kayu balak yang boleh membawa maut kepada pengunjung.

 

20161013_115008 “Walaupun, Lubuk Kejor ini dijangka dapat dibuka semula pada 1 Mac 2017, tetapi sekiranya masih ada kepala air, pihak pengurusan Tasik Kenyir akan melanjutkan waktu tempat ini ditutup. “Selain itu, musim tengkujuh juga ialah waktu ikan-ikan kelah emas ini bertelur dan membiak, maka kehadiran pelancong boleh mengganggu ekosistem ini, ujarnya lagi semasa ditemui baru-baru ini. 20161013_124815 Selepas dibuka kembali nanti, waktu pelawat masuk ke Lubuk Kejor juga dihadkan dari pukul 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Selepas pukul 2.00 petang, pengunjung perlu meninggalkan kawasan berkenaan atas faktor keselamatan kerana dibimbangkan hujan di hulu sungai akan mencetuskan kepala air pada sebelah petangnya. Bagi menjaga dan memelihara ekosistem di sini, Kerajaan Negeri Terengganu mengenakan larangan keras merokok, makan dan minum, membawa senjata api, minyak, serta apa-apa bahan yang boleh mengancam habitat ikan. 20161013_124751 Seorang pengunjung, Mohd Hafizi, Mohd Hanafi, 18, mengharapkan lebih kemudahan dibina untuk kesenangan pengunjung. “Tempat ini sangat menarik tetapi perlu lebih banyak disediakan tempat rehat atau wakaf kerana pengunjung perlu berjalan kaki lebih 40 minit untuk sampai ke Lubuk Kejor ini. “Pihak pengurusan Tasik Kenyir juga perlu membuat gerai jualan makanan dan minuman di sini,” jelasnya lagi. Hafizi juga berharap denai berjalan kaki dapat didekatkan lagi atau tangga untuk naik ke jambatan gantung direndahkan bagi kemudahan golongan kurang upaya dan orang tua. Ahmad Fitri Ramli Mohd Zambri, 19, pula menyarankan agar pihak pengurusan Tasik Kenyir menyediakan tong sampah kerana sepanjang perjalanan sejauh 1.7 kilometer melalui denai hutan ke Lubuk Kejor tidak disediakan kemudahan tersebut. 20161013_133941 Dalam pada itu, pemandu pelancong Tasik Kenyir, Arman Salleh, 41, menyuarakan tentang karenah para pelancong yang datang ke sini. “Pelancong dari seluruh dunia datang ke sini. Walaupun mereka diberikan taklimat terlebih dahulu berkaitan larangan di sini, ramai yang melanggarnya,” kata beliau. Menurut Arman segala yang dipesan diketepikan kerana teruja apabila mendapati ikan kelah amat mesra dengan manusia di sini. Pelancong hanya dibenarkan membawa makanan ikan dan air mineral masuk ke sini. Mereka juga dilarang meninggalkan sampah, seperti plastik, makanan ikan, botol air, memegang ikan dengan kuat dan sebagainya. Antara sebab makanan dilarang dibawa masuk ke kawasan ini kerana untuk mengelak pembiakan tikus yang boleh mengakibatkan jangkitan leptospirosis (kencing tikus). Menurut Arman lagi dahulunya laluan ke sini sememangnya jalan hutan semata-mata, tetapi oleh kerana ramai pelancong warga emas berserta kanak-kanak kecil, maka Kerajaan Terengganu melalui Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) telah membina laluan yang selesa tanpa mengganggu atau mengubah keadaan alam di sini. Bagi pengunjung yang ingin ke Lubuk Kejor ini, dari Kuala Terengganu pelancong boleh terus ke Pangkalan Gawi Tasik Kenyir melalui Kuala Berang dengan jalan darat. Menurut Pegawai Perikanan Darat Terengganu, Mohd Firdaus Abdillah, dari jeti Pangkalan Gawi, pelancong boleh memilih sama ada untuk menyewa rumah bot, bot laju, bot panjang dan sebagainya. “Pelancong seterusnya perlu ke Pos Kawalan perlindungan Ikan Kelah Sungai Petang. Perjalanan dengan bot laju mengambil masa sekitar 40 minit hingga satu jam,  manakala lima jam jika menggunakan rumah bot. “Dari Pos Kawalan ini, pengunjung perlu menaiki bot kecil selama 10 minit perjalanan ke hentian darat pertama Sungai petang. Dari hentian tersebut pengunjung perlu berjalan sejauh 1.7 km sebelum tiba ke destinasi-destinasi pilihan, iaitu Lubuk Lampam, Lubuk Toman, Lubuk Tengas atau Lubuk Kelah,” jelas Firdaus. “Sebenarnya Lubuk Kejor bukanlah satu-satunya destinasi menarik di tasik yang mengandungi sebanyak 340 buah pulau ini. Di sini jugak terdapat 14 air terjun,” kata Pengurus Pelancongan dan Pembangunan Tasik Kenyir Mahdi Amin Ahmad. Kerajaan Terengganu serius untuk menjadikan Hulu terengganu,khasnya Tasik Kenyir ini sebagai Destinasi Pelancongan Alam Banyak lagi tempat menarik di Tasik Kenyir, antaranya Kampung Pemeliharaan Gajah. Terdapat 9 ekor gajah yang boleh ditunggangi pelancong di sini, selain gua seperti Gua Bewah dan Kompleks Bebas Cukai Tasik Kenyir.

-SH/AAS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *